• 1.9K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1.9K
    Shares

Di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita di belakangnya. Itulah perumpamaan paling tepat ditujukan kepada Tun Dr Siti Hasmah, isteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam keadaan susah mahupun senang, beliau tetap setia berdamping dengan suami tercinta. Lebih setahun yang lalu ketika menghadiri sebuah program di Shah Alam, Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah berdepan insiden rusuhan yang membuatkan masyarakat bimbang akan keselamatan pasangan ini. Namun, alhamdulillah mereka masih di bawah lindungan-Nya.

Rentetan kemenangan Pilihanraya Umum Ke-14 semalam, sejarah bakal tercipta apabila dikhabarkan Tun Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri keempat akan kembali mentadbir tampuk pemerintahan negara. Pastinya rakyat yang pernah hidup dalam era pemerintahan beliau menanti-nantikan peluang ini. Begitu juga beberapa selebriti tanah air yang tak ketinggalan memuat naik foto kenangan bersama Tun Mahathir dan menyanjungi jasa beliau terhadap negara.

Paling menarik perhatian adalah posting yang dikongsikan peserta Gema Gegarvaganza Musim kedua, Farah Asyikin. Walau dah enam tahun berlalu tapi kenangan beramah mesra bersama wanita hebat Tun Dr Siti Hasmah meninggalkan inspirasi cukup mendalam bagi dirinya sendiri.

“It was 12 days after my hijrah, taken on the 24th of February 2012 during our breakfast with Tun Dr Siti Hasmah. Tun M tak dapat bersama kerana kurang sihat, tak boleh nak duduk lama-lama masa tu. Neelofa, Zed Zaidi and two other actresses were with us. I think we were invited to have breakfast there because we were involved with ‘Mahathir’ stage theater which I eventually tarik diri sebab dah berhijrah. Saya pakai tudung pun tak reti sangat masa tu, masih ber-braces dan kulit saya sangat tan sebab banyak ‘berjemur’ sebelum berhijrah.

It was a good breakfast, we chatted about a lot of things, later on Dato’ Mukhriz came to join us, so humble he was! I managed to catch Tun M on my way down, Tun was walking slowly with Dato’ Mukhriz holding his father’s hand on their way to go for Friday prayer di Masjid Negara. They’re so humble, so soft spoken, so polite. Sampai sekarang teringat.

Masa tu saya tak ada Facebook dan IG. Dan tiada masa sesuai untuk share gambar ini. Peluang untuk berkongsi gambar kali ini kerana teringatkan conversation saya bersama Tun Dr Siti Hasmah yang saya tak boleh nak kongsikan di sini. What I can say is that Tun Dr Siti Hasmah was humbly accepting my thoughts, MashaAllah.”

Sumber: Instagram Farah Asyikin Zulkifli

5 fakta menarik tentang Tun Dr Siti Hasmah

  1. Anak kelahiran negeri Selangor yang lahir pada 1926 di Kampung Jawa, Klang.
  2. Salah seorang doktor wanita pertama negara dan Pegawai Perubatan wanita pertama di Kedah
  3. Mempunyai 7 orang anak iaitu tiga perempuan dan empat lelaki
  4. Isteri Perdana Menteri Malaysia Pertama mendapat gelaran Tun
  5. Berbakat main alat muzik seperti biola dan piano

 

 

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: