Orang dulu-dulu sangat berpegang kuat dengan amalan kecantikan yang menggunakan bahan-bahan semula jadi. Selain untuk menjaga kesihatan dalaman, mereka percaya khasiat yang terkandung dalam tumbuhan tersebut mampu menaikkan seri wajah. Memandangkan kos sara hidup masa kini yang kian meningkat, apa kata anda cuba praktikkan amalan tradisi berikut. Bukan saja menjimatkan wang, malah penyediaannya juga ringkas dan mudah.

IKLAN

Terujanya, Bila Tahu 5 ‘KUASA ALAM’ Ini Mampu Naikkan Seri Wajah! Patut Cuba Ni

1) Kelopak mawar menyerikan wajah

Kata orang, amalan memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari akan menaikkan seri wajah yang berpanjangan. Untuk bakal mempelai, amalkan petua ini 44 hari sebelum menjelang hari bahagia. Caranya adalah dengan mengambil segelas air kosong (air putih), diikuti lafaz Bismillah serta selawat ke atas Nabi, dan seterusnya makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. Jadikan petua ini amalan anda untuk tampak berseri setiap masa.

2) Sirih menghindari cela

Ketika menghitung angka 30 hari menuju hari bahagia, ambil segenggam daun sirih yang besar saiznya dan rebus di dalam air putih sehingga warna air berubah kehijauan. Selepas itu,  gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilas dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini dilihat dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah. Lebih menarik, air rebusan sirih ini juga berfungsi sebagai pencuci keintiman wanita yang sangat baik.

Terujanya, Bila Tahu 5 ‘KUASA ALAM’ Ini Mampu Naikkan Seri Wajah! Patut Cuba Ni
3) Timun sebagai masker mata

Ramai yang sedia maklum bahawa timun mempunyai pelbagai khasiat di samping bersifat sejuk. Jadi hiriskan timun, namun jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Tekapkan di mata anda dengan hirisan timun itu tadi selama 30 minit, kemudian basuh muka dengan air suam. Petua ini berkesan untuk menghilangkan lebam serta kantung di bawah mata akibat tidur lewat, mengatasi kepenatan mata serta menghilangkan rasa mata lesu dan letih. Selain itu, hirisan timun ini juga berupaya untuk menegangkan otot di bawah mata.

Terujanya, Bila Tahu 5 ‘KUASA ALAM’ Ini Mampu Naikkan Seri Wajah! Patut Cuba Ni

IKLAN

4) Masker daripada lobak

Lobak yang kaya dengan vitamin E dipercayai membantu untuk menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Paling utama, ia juga bermanfaat untuk melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan memarut lobak dan ratakan pada wajah seperti masker. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.

5) Air kelapa tua membantu melembapkan wajah

IKLAN

Wajah yang kering dan kusam akan membuatkan rupa paras kelihatan sakit. Bagi anda yang berkelapangan, cari kelapa tua dan ambil airnya. Amalkan membasuh muka anda menggunakan air kelapa tua dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.  Anda pasti beroleh kulit muka yang lebih lembap berseri.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI