Kejayaan, keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi rezeki manusia adalah rahsia Tuhan Yang Esa. Namun ramai suami yang mungkin tak sedar bahawa rezekinya yang mencurah-curah banyak ‘dibantu’ oleh sikap isteri.

Memang tak nampak secara kasar, namun boleh dijelaskan secara spiritual bahawa 10 sifat isteri ini membantu melancarkan rezeki pasangan, dengan izin-Nya. Semoga ada sifat-sifat ‘halus’ yang boleh kita contohi untuk keluarga tercinta.

IKLAN

(1) Isteri yang menyambung silaturrahim

Isteri yang gemar menyambung silaturrahim, baik kepada orang tuanya, mertuanya, sanak-saudaranya dan saudari-saudari seakidah, dapat membantu suaminya melancarkan rezeki. Sebab keutamaan silaturrahim adalah dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur.

“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

(2) Isteri yang bertakwa

Orang yang bertakwa akan mendapat jaminan rezeki dari Allah SWT. Bahkan dia akan mendapat rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Sebagaimana firman Allah dalam surat At-Talaq ayat 2 dan 3, “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At-Thalaq: 2-3).

(3) Isteri yang bersolat dhuha

Solat dhuha merupakan solat sunat yang luar biasa. Solat dhuha dua rakaat setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah kepada setiap sendi badan kita. Solat dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari.

“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua rakaat dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)

Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” (HR. Ahmad).

(4) Isteri yang bersyukur

Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk rezeki. Punya suami, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).

(5) Isteri yang beragama

Rasulullah menjelaskan bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya.

“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

Beruntung itu beruntung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya adalah dipermudahkan mendapatkan rezeki yang halal.

IKLAN

Cuba kita perhatikan, insyaAllah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya taat kepada Allah kemudian mereka mati kelaparan. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak bermaksiat kepada Allah tetapi rezekinya lancar? Boleh jadi Allah hendak memberikan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi berkat takwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah kemudian mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.

(6) Isteri yang suka bersedekah

Isteri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipat gandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah sebagaimana disebutkan dalam surat Al-Baqarah, akan dilipat gandakan Allah hingga 700 kali ganda.

Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebahagiannya digunakan untuk sedekah, mungkin tidak langsung dibalas melaluinya. Namun boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).

(7) Isteri yang selalu mendoakan suaminya

Jika seseorang ingin mendapatkan sesuatu, ia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Kita tidak boleh mendapatkan sesuatu tersebut melainkan dari pemiliknya.

IKLAN

Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah. Dialah yang Maha Pemberi Rezeki. Maka jangan hanya mengharapkan usaha semata-mata namun perbanyaklah berdoa memohon kepada-Nya. Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya.

“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan.” (QS. Ghafir: 60).

(8) Isteri yang taat dan melayani suaminya

Salah satu kewajipan isteri kepada suami adalah mentaatinya. Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang isteri taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, ia boleh berfikir lebih baik dan kreativiti dalam pemikiran juga muncul. Semangat kerjanya pun membuak-buak. Ibadah juga lebih tenang, rezeki mengalir lancar.

(9) Isteri yang tawakal kepada Allah

Di saat seseorang bertawakal kepada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya. “Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya).” (QS. Ath Thalaq: 3).

Jika seorang isteri bertawakal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya? Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak semestinya Allah memberikan rezeki secara terus kepada si isteri. Boleh jadi Allah akan memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.

(10) Isteri yang banyak beristighfar

Di antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Hal itu boleh dilihat dalam surah Nuh ayat 10 hingga 12. Bahawa dengan beristighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyakkan harta.

“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12). Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI