Nama Alia Bastamam antara nama yang mekar di dalam arena fesyen tempatan kini. Pendirian gaya yang minimalis dan moden menjadi DNA kepada jenama ini lantas mengumpul pengikut fesyen yang setia. dari koleksi utama ke koleksi ready to wear setiap satu memiliki pesona yang tersendiri. Jom ikuti temubual penulis bersama wanita anggun ini.

IKLAN

Bagaimana anda boleh bergelar seorang pereka fesyen? Dan siapakah yang banyak memberikan inspirasi kepada anda untuk berjaya di dalam bidang ini? Adakah ahli keluarga anda setuju dengan pilihan anda untuk bergelar pereka fesyen?

Sebelum fesyen, saya menuntut dalam jurusan senibina tetapi tidak lama kemudian saya bernekad untuk bertukar ke bidang fesyen. Ibu saya (seorang professor biologi) pada mulanya tidak setuju, tapi agaknya kerana melihat kemahuan saya dan minat saya yang begitu besar dalam fesyen sejak kecil, dia memberi greenlight dan full support kepada saya. Semasa kecil saya sangat gemar melihat nenek saya yang sangat mahir menjahit dan jelas jahitannya sangat bagus kerana ada beberapa baju yang saya waris masih lagi boleh digunakan ke hari ini and it still looks perfect!

Ceritakan mengenai sejarah jenama Alia Bastamam dan juga nilai estetik yang ditonjolkan oleh jenama ini? Selain itu, apakah cabaran yang perlu anda lalui sewaktu mula-mula mahu memperkenalkan jenama anda sendiri kepada umum?

Jenama Alia Bastamam sudah enam tahun dalam industri ini dan masih segar dalam ingatan saya bagaimana ia bermula. Teman-teman karib saya banyak mendorong saya untuk membuat keputusan untuk meninggalkan tempat kerja dan mulakan label sendiri. Banyak cabaran yang ditempuhi di waktu itu; kesusahan mencari pekerja tetap, membina client database (fittings door to door kerana tiada butik lagi masa itu), penolakan dari diterima masuk ke minggu fesyen, masalah mencari wang untuk membuat koleksi dan banyak lagi. Tapi kami anggap semua itu sebagai cabaran kecil dan di sebalik setiap cabaran membuat kami lagi driven untuk berjuang untuk label ini.

Tidak Kenal Erti Mengalah, Pereka Fesyen Ini Bermula Dari Bawah. Kini Jenama ALIA BASTAMAM Menjadi Sebutan Ramai
Mempersembahkan koleksi terbaru Alia Bastamam di KLFW 2017.

Saya tahu yang sebelum anda memiliki jenama sendiri anda pernah bekerja dengan pereka fesyen lain. Sepanjang pengalaman yang anda perolehi ketika berkerja di bawah jenama lain, apakah perkara yang mengajar anda untuk menjadi seorang pereka fesyen yang terbaik?

Sebelum memiliki jenama saya sendiri, saya bekerja dibawah dua label yang sangat berbeza. SOFIRA lebih kepada resort ready-to-wear dan Jovian Mandagie lebih fokus kepada made-to-measure dan bridal. Saya banyak belajar dari kedua-dua label ini dari sudut bisnes dan pembuatan pakaian berkualiti yang penting untuk mana-mana designer. Jovian seorang yang sangat bekerja keras dan dia sentiasa driven and i admire him a lot for that.

Bergelar seorang pereka fesyen di Malaysia, apakah pandangan anda mengenai industri fesyen tempatan kini? Adakah ia semakin berkembang dengan positif? Mengapa?

Jika nak dibandingkan dengan 6 tahun lepas, memang banyak perkembangan dan perbezaan. Dulu konsep ready-to-wear dari pereka tempatan seperti tidak wujud dan tidak mendapat tempat di hati pembeli tapi sekarang, ready-to-wear is the way to go! Dulu jumlah pereka wanita boleh dikira dengan tangan dan sekarang kita boleh lihat jumlah itu berkembang dan saya sangat bangga sekali. Pembeli tempatan juga bertambah dengan adanya e-bisnes jadi saya rasa ini semua perkembangan yang sangat positif.

IKLAN

Saya selalu dengar yang kalau hendak jadi pereka fesyen di Malaysia pereka tersebut harus fokus mereka busana perkahwinan atau custom made selain dari hanya menghasilkan busana rtw. Adakah ini benar? dan apa pula pendapat anda mengenai perkara ini?

Dulu mungkin itu adalah caranya untuk membuat duit, jenama saya sendiri juga bermula dengan busana bridal dan custom made. Tapi sekarang, dengan adanya banyak outlet, online fashion stores dan jumlah pembeli yang ramai, seorang designer baru boleh terus fokus ke ready-to-wear dan membina nama mereka.

Tidak Kenal Erti Mengalah, Pereka Fesyen Ini Bermula Dari Bawah. Kini Jenama ALIA BASTAMAM Menjadi Sebutan Ramai
Alia B merupakan jenama ready to wear jenama ini yang yang hadir dengan harga yang lebih mampu milik untuk semua golongan.

Anda kini dipandang tinggi oleh kebanyakan pelajar dan juga rakan sesama pereka fesyen. Ada yang mahu menjadi seperti anda dan ada yang kagum dengan hasil kerja yang anda lakukan, boleh berikan sedikit komen mengenai perkara ini?

IKLAN

Saya rasa cukup rendah diri dengan idea ini kerana saya rasa perjalanan saya masih jauh. Tetapi jika mahu dilihat bagaimana saya ke tahap ini, banyak pengorbanan dari segi masa dan tenaga yang dilalui. Tiada jalan pintas dalam mencari nama dalam industri ini. Saya berharap yang masih belajar dan semua pereka baru akan terus menjadikan pereka-pereka besar di Malaysia dan di persada antarabangsa sebagai inspirasi mereka. Tapi yang paling penting, adalah untuk memgambil inspirasi from the world around them.

Sehingga kini siapakah antara selebriti terkenal yang telah menyarungkan rekaan anda?

Boleh dikatakan, I have dressed most of the top celebrities in Malaysia, seperti Scha Alyahya, Nabila Huda, Lisa Surihani, Neelofa sampai ke Fauziah Latiff dan Erra Fazira. Ada di antara mereka juga menjadi pembeli tetap saya. Rekaan saya juga
kini mendapat tempat di hati selebriti dari seberang seperti Bunga Citra Lestari, Raline Shah, Olivia Jensen dan model terkenal Izabel Jahja.

Siapakah idola anda untuk berjaya? Mengapa?

Saya cukup kagum dengan kejayaan Diane Von Furstenberg yang masih relevan sebagai designer wanita with worldwide success. Stella McCartney, Phoebe Philo adalah pelapis designer yang membawa idea baru dan fresh ke dunia fesyen. Mereka juga memberikan impak yang sangat kuat dalam industri fesyen yang dikuasai ramai lelaki.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI