Apabila tiba bulan Oktober, rona merah jambu menjadi antara warna yang sinonim di mana-mana sahaja. Mana tidaknya, Oktober turut dijadikan bulan istimewa sempena Bulan Pencegahan Kanser Payudara.

Tindakan Pantas Lina Tan Tentang KANSER PAYUDARA Memberinya Peluang Kedua. Ini Perkongsian Berguna Buat Para Wanita!
Foto: Ig Lina Tan

Bagi Penerbit Eksekutif, Red Comunication Sdn Bhd, Lina Tan berjaya pulih daripada penyakit kanser payudara yang dihidapinya pada tahun 2013 merupakan satu keajaiban yang sukar digambarkan melalui kata-kata.

IKLAN

Menurut Lina, pengalaman melalui detik-detik bertarung dengan penyakit tersebut banyak memberi pengajaran kepadanya untuk menghargai kehidupan yang dilalui sekarang sebagai peluang kedua.

“Bercerita mengenai kanser payudara, umum sedia maklum bahawa saya merupakan salah seorang cancer survivor  di mana saya disahkan menghidap kanser payudara tahap dua pada tahun 2013,” ujar Lina membuka bicara.

Kongsikan pengalaman anda ketika pertama kali doktor mengesahkan tentang penyakit ini.

“Tipu jika saya katakan saya tidak takut apabila doktor mengesahkan saya  menghidapi kanser payudara tahap dua. Apabila menyebut sahaja perkataan KANSER, sudah tentu kecut-perut dan pelbagai perkara mula bermain di fikiran.

Tetapi yang perlu saya tekankan, saya bersyukur kerana kanser yang saya hadapi itu pada tahap dua. Pada tahap itu boleh dikatakan masih awal dan boleh diubati melalui cara rawatan kemoterapi dan saya mula belajar untuk kekal positif dalam menjalani kehidupan.

Tindakan Pantas Lina Tan Tentang KANSER PAYUDARA Memberinya Peluang Kedua. Ini Perkongsian Berguna Buat Para Wanita!

Apakah pengalaman paling berharga yang diperoleh daripada kejadian ini?

Pengalaman melalui detik-detik bertarung dengan penyakit tersebut banyak memberi pengajaran kepada saya untuk menghargai kehidupan yang dilalui sekarang sebagai peluang kedua. Mana tidaknya, jika dulu saya akui terlalu sibuk dengan kerja tetapi sekarang saya sangat menghargai kehidupan bersama keluarga dan menikmati hidup tanpa tekanan.

Banyak yang saya pelajari sejak empat tahun kebelakangan ini. Saya lebih menghargai kehidupan dan kini menitikberatkan soal pemakanan yang membantu mengatasi penyakit tersebut daripada terus merebak selain mengamalkan gaya hidup sihat.

Tindakan Pantas Lina Tan Tentang KANSER PAYUDARA Memberinya Peluang Kedua. Ini Perkongsian Berguna Buat Para Wanita!
Foto: Ig Lina Tan

Saya rasa Tuhan memberikan saya peluang kedua untuk memperbaiki kehidupan saya dan bijak membahagikan masa antara kerjaya dan kehidupan peribadi termasuklah soal menjaga kesihatan dan hubungan dengan insan-insan di sekeliling saya.

Semoga perkongsian saya ini boleh dijadikan panduan untuk para pembaca NONA agar kekal positif dan menjadikan cubaan atau ujian ini untuk lebih berani dan menghadapinya dengan positif kerana penting untuk penghidap kanser hidup dalam keadaan positif dan tidak melalui tekanan.

Tindakan Pantas Lina Tan Tentang KANSER PAYUDARA Memberinya Peluang Kedua. Ini Perkongsian Berguna Buat Para Wanita!

IKLAN

Bagaimana anda boleh tergerak untuk membuat rawatan lanjut tentang penyakit ini?

Pada awalnya saya melakukan pemeriksaan sendiri payu dara  atau PSP dan saya dapati ada benjolan pada payudara saya. Tapi saya tidak merasa sebarang kesakitan. Selepas itu saya terus membuat pemeriksaan. Saya terkejut apabila hasil pemeriksaan bersama dua  doktor pakar mengesahkan saya menghidapi barah kanser payudara tahap kedua.

Berita ni memang tiba-tiba dan semasa doktor memberitahu perkara ini kepada saya, mulanya saya seperti tidak percaya dan menafikannya. Tapi mujur saya mendapat seorang doktor yang bagus. Saya percaya pada kaedah rawatan kepakaran doktor.

Mengapa anda memilih untuk menjalani rawatan kemoterapi? Tidakkah anda risau dengan kesan yang bakal menimpa?

Saya  telah menjalani pembedahan membuang kanser tersebut. Sebagai rawatan susulan bagi memastikan kanser itu tidak berulang, saya memilih untuk melakukan rawatan kemoterapi. Perubahan paling ketara pada diri saya ialah sangat lemah dan hilang selera makan. Malah saya turut mengalami penurunan berat badan sebanyak 8kg. Saya memilih untuk menjalani rawatan kemoterapi walaupun saya tahu rawatan ini sangat berisiko.

IKLAN

Sebab rawatan ini membunuh bukan saja sel yang buruk dalam badan saya tetapi juga sel yang baik. Setiap tiga minggu sekali saya perlu jalani rawatan kemoterapi. Berat saya pernah turun sehingga menjadi 43kg berbanding dahulu 52kg. Rambut pun mengalami masalah keguguran dan saya mudah berasa penat.

Tindakan Pantas Lina Tan Tentang KANSER PAYUDARA Memberinya Peluang Kedua. Ini Perkongsian Berguna Buat Para Wanita!
Foto: Ig Lina Tan

Nasihat kepada para wanita di luar sana tentang bahaya kanser pembunuh nombor satu ini.

Meskipun pernah bertarung melawan penyakit itu, saya cuba menjalani rutin harian seperti biasa. Bahkan saya kini lebih peka dengan tahap kesihatan dan lebih mengamalkan cara hidup sihat. Sebelum ini memang saya amalkan cara hidup sihat. Saya bersukan, saya tidak merokok dan saya memang amalkan pemakanan sihat.

Tapi mungkin sebab saya kurang makan. Iyalah, kalau sudah sibuk dengan kerja tu memang sampai tak ingat nak makan. Dan kadang-kadang saya rasa stress disebabkan kerja. Mungkin faktor itu mendorong kepada penyakit ini.

Sekarang ni saya lebihkan makan sayur-sayuran. Saya dah kurang makan daging. Saya banyakkan minum jus. Saya dah tidur awal. Kalau dulu pukul 3 pagi baru nak tidur sebab nak siapkan kerja. Atas nasihat doktor, saya banyak berehat dan memberi perhatian yang lebih terhadap soal pemakanan, kesihatan emosi dan bersenam.

Setelah empat tahun berlawan dengan penyakit yang digeruni wanita, saya sudah sembuh dan kini masih meneruskan rawatan susulan dan menjalani kehidupan dengan lebih sistematik dan lebih mengutamakan kesihatan. Nasihat saya buat semua wanita, prihatin soal penjagaan kesihatan dan cuba kurangkan tekanan kerana ia menjadi antara penyebab penyakit ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat bersama untuk semua.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI