Perawatan kaki merupakan sesuatu yang penting yang harus dilakukan oleh semua individu untuk mencapai kesihatan yang optimum. Kaki memiliki ‘sumbangan’ penting dalam aktiviti seharian kepada setiap individu selain berperanan menampung berat seluruh tubuh dan menjadi bahagian yang sering kali digunakan.

Perawatan tubuh yang sempurna pastinya menyerlahkan imej sihat dan menawan. Salah satu bahagian tubuh yang memerlukan perawatan ekstra sudah pastinya kaki. Justeru, impian untuk memiliki kulit kaki yang bersih, halus dan lembut menjadi idaman setiap wanita. Praktikkan amalan penjagaan kaki yang sempurna dengan tip penting berikut. Di samping mudah dan praktikal, ia juga boleh dilakukan hanya dari rumah.

IKLAN

1) Sapuan pelembap

Memberikan pelembap cukup penting untuk kaki sama ada menyapu minyak atau losen, pilihlah yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kelembapan pada kulit wajib dipelihara agar tidak kering. Oleh itu, dengan menyapu pelembap akan membantu mengekalkan kelembapan pada kulit. Gunakanlah pelembap selepas mandi. Vitamin yang terkandung dalam pelembap akan diserap oleh kaki.

Tumit Kasar Seperti ‘Pemarut Kelapa’, 10 Tip Ini Buat KAKI Sihat & Cantik! Confirm Lebih Halus

2) Rutin melakukan lulur dan skrub

Dengan cara menyental atau lulur akan menyingkirkan sel-sel kulit mati sehingga kulit akan kembali cerah bersinar, halus dan lembut. Pilih dan pakai lulur mahu pun skrub yang sesuai dengan jenis kulit. Lakukan secara teratur. Seterusnya proses regenerasi kulit akan berlangsung, kolagen yang dihasilkan akan meningkat dan menjadikan kulit kusam berganti menjadi lebih lembut.

3) Gunakan sikat halus dan batu apung

Untuk mengangkat sel-sel kulit yang mati, sediakan alat seperti sikat kecil dan juga batu apung di dalam kamar mandi. Kedua-duanya paling berkesan digunakan untuk mengikis bahagian kulit yang pecah-pecah di bahagian tumit kaki atau telapak kaki. Lakukan secara lembut tidak terlalu kuat ketika menggosok untuk mengelakkan alahan pada kulit.

4) Selalu memakai alas kaki atau selipar

Dengan menggunakan alas kaki adalah untuk mengelakkan kulit pada kaki menebal, kulit kaki pecah-pecah dan kaki terlindung dari benda atau barang yang boleh melukakan kaki.

5) Periksa dan belai kaki secara teratur

Memeriksa kaki akan membantu dalam mengesan jika terjadi perubahan pada kaki seperti perbezaan warna kaki, tebal, suhu dan kaki pecah-pecah. Jika terjadi perubahan yang ekstrem, segera dapatkan pandangan dari doktor.

IKLAN

6) Cuci kaki setiap hari untuk memastikan kaki tetap bersih.

Jangan lupa mencuci di celah-celah jari kaki. Segera keringkan kaki setelah dicuci. Kulit kaki yang basah akan membuatnya tidak elastin sehingga mudah mengalami pecah-pecah.

Tumit Kasar Seperti ‘Pemarut Kelapa’, 10 Tip Ini Buat KAKI Sihat & Cantik! Confirm Lebih Halus

7) Potong kuku kaki secara teratur.

IKLAN

Berhati-hatilah, jangan memotong terlalu pendek yang berpotensi melukakan kulit. Khusus untuk wanita, cat kuku sebaik-baiknya hanya dipakai tidak lebih daripada seminggu. Gunakan cecair pembersih cat kuku untuk membersihkannya. Pemakaian cat kuku dalam jangka lama dapat menyebabkan kuku rapuh dan menimbulkan masalah lain.

8) Pilih sepatu yang sesuai dengan ukuran kaki

Ketika membeli sepatu baru, beri keutamaan pada faktor selesa atau tidak. Rekaan jatuh sebagai pilihan seterusnya. Seboleh-bolehnya, hindari berjalan atau berlari tanpa selipar meski pun berada di dalam rumah untuk menjaga kesihatan kaki.

9) Setelah berdiri lama, berjalan, atau berlari, angkat kaki ke dinding seketika

Cara ini juga akan melancarkan peredaran darah di vena. Melancarkan vena dapat membantu mencegah pembekuan darah setelah berdiri lama.

10) Jangan pernah mengabaikan rasa sakit pada kaki atau pergelangan kaki.

Rasa sakit umumnya berhubungan dengan keradangan atau sebab lain yang tersembunyi. Segera berjumpa dengan doktor jika mengalami rasa sakit kaki yang berlebihan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI