Tidak semua wanita dikurniakan rambut normal semula jadi. Perbezaan cuaca, gaya hidup, pemakanan dan peningkatan usia mampu menukar takdir rambut yang sihat kepada pudar tanpa tarikan. Selain itu, penggunaan produk rambut yang bertentangan dengan jenis rambut anda juga mendorong pelbagai masalah seperti kelemumur, rambut gugur dan bercabang.
IKLAN
Untuk mengetahui apakah jenis rambut yang anda miliki, cuba lakukan ujian mudah ini.
Langkah 1: Sehari sebelum membuat ujian ini, syampu rambut anda seperti biasa.
Langkah 2: Menggunakan sehelai kertas tisu, pedapkan ke akar/pangkal rambut di bahagian tengah kepala serta di belakang cuping telinga selama seminit. Jika kertas tisu nampak berminyak, ini menunjukkan kondisi rambut yang terlebih lembapan, dan begitu juga sebaliknya.
KENALI JENIS-JENIS RAMBUT
IKLAN
NORMAL
Rambut dari jenis normal begitu mudah diurus, bersinar dan tidak berminyak.
BERMINYAK
Lazimnya rambut hanya cantik bermaya sehari dua selepas bersyampu. Tetapi bila masuk sahaja hari ketiga, ia mulai ‘berat’ dan berminyak-minyak. Biasanya rambut dari jenis ini sering berdepan masalah kelemumur.
IKLAN
KERING
Rambut dari jenis ini sungguh sukar dikawal. Apalagi selepas bersyampu, ia tampak kusam dan terbelah di hujung. Kadangkala kepala terasa gatal, berkuping-kuping, begitu rapuh dan mudah putus.
KOMBINASI
Lahir dari kombinasi berminyak dan kering, rambut kombinasi mudah dikenalpasti kerana rona hujung rambut berwarna lebih cerah berbanding pangkalnya. Ini juga menunjukkan akar rambut anda berminyak tetapi bila sampai ke hujung, ia kering seperti akar kayu. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, adik kepada Fasha Sandha ini memang cantik orangnya. Selamat bergelar ibu pada Jun lepas, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha nampak makin berseri-seri.
Kembali aktif dengan kerjaya seni selepas bersalin, aktres berusia 23 tahun ini bertuah kerana dikurniakan rupa paras menawan sama seperti kakaknya.
Dalam temu bual bersama Nona ketika menjadi penghias edisi digital, Elisya yang ketika itu sarat hamil digandingkan bersama ibu mertua, Sheila Rusly. Mengulas bagaimana dia menjaga kesihatan dan kecantikan diri, isteri Uzair Haqimy ini tanpa berselindung berkongsi rahsia.
“Soal penjagaan dalaman, macam saya dari dulu suka ambil supplemen Vitamin C. Sepanjang kehamilan pula memang saya ambil bird nest jadi supplemen, dah tukar sebab dah mengandung. Apa yang pasti, memang sejak dulu saya amalkan Vitamin C untuk kesihatan.”
Bercerita perancangan untuk memiliki anak kelak, Elisya tidak menolak rezeki namun berharap dapat mempunyai tiga hingga empat orang cahaya mata. “Kalau boleh rancang nak tiga ke empat orang anak je. Keluarga saya ramai, saya ada enam adik-beradik dan dah ada lapan anak buah. Suami pula quite small.
Jadi untuk ada tiga ke empat orang tu dah memadai. Memang saya ada banyak impian dan boleh achieve sebab sebab muda lagi. Ada orang kata pregnant muda-muda ni sayag. Susah nak dapat apa yang saya nak.
Saya rasa tu salah sebab rezeki semuanya datang dari Allah dan rezeki tu akan datang bersama usaha. Saya akan berusaha ke arah tu sambil ada anak di sisi. Saya nak jadikan anak tu sebagai semangat untuk saya capai impian yang belum tertunai.”
Elisya dan Haq selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka kini dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Bunga Elhaq.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah diet tapi berat badan tidak berubah atau dah kurang berat badan tapi kini berat badan masih sama walaupun anda amalkan pemakanan dan senaman yang sama?
Jangan risau. You are not alone dan ya, anda mungkin berdepan masalah plateau berat badan yang normal. Berikut adalah 10 tip untuk bantu anda break though masalah plateau berat badan anda.
1. Fokus Pada Kualiti Makanan Setelah anda berjaya kurangkan berat badan melalui defisit kalori dan kawalan kuantiti kalori, cuba alih perhatian anda kepada kualiti makanan. Ini bukan soal kalori tapi soal: garam, fiber dan nutrient-density makanan. Garam dan fiber terutamanya membantu dalam kawalan water retention dan perlawasan.
2. Rehat Seketika Yes, saya faham anda bersemangat untuk bersenam sepanjang masa tapi ‘overtraining’ adalah stres pada badan. Malah senaman itu sendiri sememangnya merupakan stres fizikal which is OK tapi jangan memperkecilkan kepentingkan rehat dalam usaha untuk kurang atau kawal berat badan.
3. Kurangkan Stres. Cukup Tidur? Sambungan cerita “stres”. Stres berlebihan dari pelbagai sumber kehidupan termasuk social media, kewangan dan kurang tidur, boleh mengelorakan hormon badan yang boleh mempengaruhi simpanan lemak badan. Jadi, take a step back, meneliti kehidupan anda dan cuba seimbangkan stres sebanyak mungkin.
4. Lawas Anda OK Tak? Jangan memperkecilkan kepentingan melawas dalam usaha anda untuk mengatasi masalah plateau berat badan. Berapa kali sehari? Sasarkan 2 kali sehari. Di sini kualiti pemakanan, pengambilan air dan tabiat melawas anda penting untuk melawas dengan konsisten.
5. Pelbagaikan Senaman, Termasuk Intensiti! Jangan terlalu manjakan diri dalam amalan senaman. Badan sukar untuk mengatasi plateau berat badan atau plateau kecergasan kalau anda asyik mengamalkan senaman yang sama. Push yourself untuk memaksa badan to break through the plateau. Badan perlukan sebab untuk berubah.
6. Cuba Tukar Coach! Bukan soal curang tapi soal kepelbagaian dalam usaha anda untuk didedahkan kepada bentuk dan intensiti senaman yang berbeza. Yes coach anda memang hebat tapi setiap coach ada corak senaman yang beliau gemari tapi over time, bagus kalau anda tukar kepada jurulatih atau bidang senaman yang lain. It helps to shake things up.
7. Diet Puasa To Shock The System Tak semestinya diet intermittent fasting atau lain tapi amalan puasa enam, sunat atau Ramadhan itu sendiri memang mempunyai pelbagai manfaat dalam membantu stabilkan hormon, kejutkan metabolisma badan dan macam-macam lagi.
8. Jika Perlu, Recalculate your BMR Dah kurangkan 20kg? BMR anda pun dah berkurangan dalam 150-200kcal setiap hari. Kenapa? Kerana antara faktor yang mempengauhi BMR adalah berat badan. Jadi jika perlu, go back to basics dan kira semula BMR, DCR atau keperluan kalori anda.
9. Celebrate Your Non-Scale Successes Dalam usaha untuk terus kurangkan berat badan demi mencapai berat badan yang ideal, penting untuk anda meraikan kejayaan non-scale seperti gaya hidup aktif, kecergasan, kekuatan dan macam-macam yang sangkut paut dengan gaya hidup sihat. Kalau anda hanya menilai angka berat badan, anda pasti STRESS dan tak kurus-kurus juga.
10. Trial & Error Akhir kata, tiada satu cara atau kaedah yang sesuai untuk semua pembaca di sini. Trial & error untuk cuba menilai yang mana sesuai untuk anda. Adakah ia mudah? Harapan saya tidak kerana kalau ia mudah, kebarangkalian besar, anda tidak akan menghargainya.
Semoga tip-tip ini membantu dalam usaha anda untuk mengatasi masalah plateau berat badan anda.
Kredit: kevinzahri.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasti kebanyakan pembaca-pembaca majalah NONA adalah mereka yang membesar menonton drama lipur lara atau telenovela yang mencipta fenomenanya sendiri sekitar awal tahun 20-an. Telenovela dari Sepanyol dan Mexico seperti Maria Mercedes, La Usurpadora, Mis Tres Hermanes, Rosalinda dan Rubi yang ditayangkan di TV3, RTM dan NTV7 suatu ketika antara telenovela popular yang cukup digemari.
Dilakonkan oleh barisan pelakon jelita lagi menawan seperti Gabriella Spanic, Scarlet Ortiz, Barbara Mori dan Thalia sudah pastinya wajah mereka kekal dirindui sehingga kini. Tidak lupa juga seorang lagi pelakon jelita terkenal yang pernah membintangi telenovela terkenal seperti Paloma, Cuando Seas Mia dan Catalina Y Sebastian, iaitu si cantik Silvia Navarro.
Lahir pada 14 September September 14, 1978 di Irapuato, Guanajuato; Silvia Navarro ialah pelakon Mexico yang memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 1997 menerusi telenovela terkenal Perla. Sebelum itu, Silvia merupakan seorang model dan pernah membintangi beberapa buah iklan sejak dari usianya masih bayi.
Selepas Perla, Slivia mencipta kemasyuran membintangi telenovela terkenal di bawah rangkaian TV Mexico TV Azteca, dan kemudian untuk Televisa dan Telemundo seperti Quando Seas Mia, Catalina Y Sebastian dan lain-lain, sehingga pernah menggondol beberapa buah anugerah.
Selepas dari dua telenovela hit tersebut, populariti Silvia terus mencanak dan dia kemudiannya membintangi pelbagai projek, dan wajahnya juga terus menjadi perhatian jenama-jenama kosmetik terkenal. Kali terakhir Silvia berlakon adalah menerusi drama La Suerte De Loli pada tahun 2021.
Memiliki seramai 3.6 juta pengikut di Instagram, sudah pasti wajah Silvia menjadi dambaan ramai peminat yang membesar menonton telenovela dibintanginya. Dek parasnya, malah dilihat masih kekal awet muda di usia 44 tahun, Silvia kelihatan masih lagi jelita walaupun sudah memiliki seorang anak yang diberi nama León Casanova hasil perkahwinan bersama pelakon Gerardo Casanova, namun perhubungan selama 8 tahun mereka tidak kekal lama.
Jika dilihat di akaun Instagramnya, Silvia banyak menghabiskan masa bercuti dan menikmati kehidupan bersama anak dan teman rapatnya, malah Silvia juga masih lagi menjadi pilihan jurugambar untuk sesi pengambaran majalah serta jenama terkemuka seperti Garnier dan lain-lain.
Dan khabarnya juga Silvia dikatakan kini sedang dilamun cinta dengan buah hatinya, Flavio Medinal yang juga aktor terkenal di sana namun tidak dipastikan sejauh mana keseriusan perhubungan mereka. Semoga yang baik-baik saja buat Silvia!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata, penampilan Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong makin berseri dengan wajah yang manis.Malah, Emma...