Kanak-kanak adalah generasi masa depan dan kesihatan mereka harus sentiasa dilindungi agar mereka dapat mencapai potensi sebenarnya.

IKLAN

Inilah yang mendorong jenama farmaseutikal Appeton melancarkan pembungkusan baru rangkaian ‘A-Z Vitamin C’ bersama duta jenamanya, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar.

Sebagai satu-satunya rakyat Malaysia ke angkasa lepas, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar adalah jurucakap terbaik untuk Kempen Dream Big A-Z Vitamin C Appeton. Pengalaman beliau yang bekerja keras untuk menjadi seorang doktor tanpa melepaskan impiannya untuk menjadi seorang angkasawan boleh menjadi inspirasi terbaik pada golongan cilik.

Ceritanya sewaktu kanak-kanak, beliau sentiasa terpesona dengan dunia angkasa lepas yang menakjubkan. Mujurlah ibu bapanya menyokong dari awal lagi, mereka memupuk minat, memberi galakan serta memastikan zaman kanak-kanaknya sihat.

“Kini sebagai seorang bapa kepada empat cahaya mata, saya pula berusaha agar anak-anak saya sihat dan dilindungi, supaya mereka dapat keluar dan mengenali segala perkara yang ditawarkan oleh dunia.

Maka apabila Appeton berbincang dengan saya mengenai kempen ini, saya terus berkata ya. Jadi saya berharap penglibatan saya dalam Kempen Dream Big Appeton akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk ‘memiliki impian besar’, serta mengingatkan ibu bapa agar memastikan mereka sentiasa sihat dan dilindungi. Siapa tahu suatu hari nanti, mereka juga dapat mencapai bintang-bintang!” ujarnya.

IKLAN

Acara pelancaran di Damansara itu menyaksikan ibu bapa dan anak-anak menyertai pelbagai permainan pentas, kuiz, seni pasir, seni dan kraf serta teka-teki abjad. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan dua orang anak perempuannya turut dipaparkan dalam iklan TV serta papan iklan Dream Big Appeton di sepanjang lebuh raya terpilih di seluruh Malaysia. Norzalina Mohd Alias

IKLAN
Umum Angkasawan Negara Sebagai Duta, Kini Kanak-Kanak APPETON Mampu Gapai Bintang!
Dari kiri: Angkasawan Negara, Datuk Dr. Syeikh Muszaphar; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah; dan Ketua Pegawai Operasi Kotra Pharma, Cheah Ming Loong.

Umum Angkasawan Negara Sebagai Duta, Kini Kanak-Kanak APPETON Mampu Gapai Bintang!

Umum Angkasawan Negara Sebagai Duta, Kini Kanak-Kanak APPETON Mampu Gapai Bintang!

Umum Angkasawan Negara Sebagai Duta, Kini Kanak-Kanak APPETON Mampu Gapai Bintang!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI