• 5
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    5
    Shares

Semenjak melangsungkan perkahwinan dengan aktor Sharnaaz Ahmad, kakak kedua Neelofa bernama Noor Nabila, 33, ini mula menarik perhatian ramai kerana kelantangannya bersuara.

Paling tular, tentulah semasa Neelofa dihentam teruk oleh netizen. Nabila pasti keluar dengan kenyataan-kenyataan pedas bagi mempertahankan kerjaya dan kehidupan adik kesayangannya daripada terus diperkatakan.

“Saya selalu berharap agar Lofa dapat pergi lebih jauh. Saya memang mahu kerjayanya berkembang, nak tengok Lofa dapat banyak anugerah dan penghargaan kerana dia selalu jadi inspirasi pada ramai orang.

Sebagai kakak, saya banyak beri sokongan dalam perniagaan. Neelofa seorang yang komited dan sanggup all out dalam apa jua yang dilakukan. Selain sangat teliti, dia juga seorang yang tidak suka ambil mudah.

Cakap soal jodoh pula, saya doakan dia jangan terburu-buru. Saya doakan dia bertemu dengan seseorang yang benar-benar layak untuk dirinya, tidak mengambil kesempatan serta memiliki impian untuk bina kehidupan bersama.

Maklumlah, kita pun tak tahu niat orang cuma perlu lebih berhati-hati,” bicara Nabila penuh makna.

Menyentuh kisah rumah tangganya dengan Sharnaaz, desas-desus yang mengatakan suaminya terlalu baran rupa-rupanya tidak benar.

Nabila menyifatkan suaminya itu seorang yang baik serta bertanggungjawab. “Selama perkahwinan ini saya melihat Sharnaaz sudah banyak berubah. Saya kenal hati budinya dan yakin dia akan berubah.

Alhamdulillah saya sudah nampak perubahan itu. Saya sering nasihatkannya agar fikir dulu sebelum melakukan sesuatu. Dia juga kini lebih matang. Sehingga ke hari ini kami tidak pernah bergaduh, alhamdulillah kami sangat bahagia dan serasi.

Selama mengenali Sharnaaz sebenarnya dia seorang yang sangat kelakar dan periang. Kalau berlaku perselisihan faham atau pendapat selalunya dua-dua akan mengalah.

Sekurang-kurangnya kami boleh bertolak ansur demi menjaga keharmonian rumah tangga. Sebagai isteri juga saya banyak memberikan sokongan atas apa yang dilakukan dalam kariernya,” jelas Nabila ketika ditemu bual sempena penggambaran cover Nona Januari 2018.

Ini pula harapan Nabila sendiri tentang azam 2018 dirinya.

Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd itu juga berkongsi sedikit perancangannya untuk tahun 2018. “Kami bakal menghasilkan koleksi beachwear dan busana special occasion seperti dress untuk makan malam yang sopan, trendy dan timeless.

Di samping itu, kami juga berkolaborasi dengan Astro untuk siri animasi Islamik Omar dan Hana, dimana terdapatnya karakter khas Neelofa dalam siri popular tersebut. Naelofar juga akan menaja pakaian serta tudung bagi edisi Hari Raya,” akhiri Nabila. Norzalina Mohd Alias

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: