Selebriti dan pereka fesyen terkenal Victoria Beckham menerima darjah kebesaran Order of British Empire (OBE) untuk sumbangannya dalam bidang fesyen dan juga kerja amal di Istana Buckingham. Kelihatan Putera William menyematkan pingat kebesaran tersebut di dada penyanyi dari kumpulan Spice Girl ini. Pada hari penganugerahan tersebut Victoria ditemani oleh suami dan juga kedua-dua ibu bapanya. Menurut sumber dari rakan terdekatnya, Victoria sangat berbesar hati apabila dikurniakan pingat tersebut. Dari segi sumbangan amal, ibu kepada empat cahaya mata ini merupakan penaung kepada Yayasan Aids Elton John dan menyokong usaha PETA dalam menyelamatkan haiwan dari disalah laku oleh manusia. Selain itu beliau juga terlibat dalam pertubuhan amal Save The Children.

TRIVIA

1. Victoria menerima darjah kebesaran ini selepas 13 tahun suaminya, David Beckham dianugerahkan darjah yang serupa.

2. Beliau memberitahu wartawan selepas majlis: "Jika anda memiliki impian besar, pastikan anda berkeja keras untuk mencapainya."

3. Jenamanya yang terkenal mula dipersembahkan kepada umum pada pentas Minggu Fesyen New York bulan September 2008.

Foto: dailymail.co.uk