Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menyeru wanita yang mengalami diskriminasi gender di tempat kerja untuk bersuara dan berkongsi kisah-kisah mereka. Melancarkan kempen ‘Wanita Tersisih’ (Invisible Women) baru-baru ini sebagai landasan untuk memperluaskan suara wanita yang mengalami diskriminasi gender, kaum hawa boleh berkongsi kisah mereka secara anonim jika mahu melalui laman web kempen, invisiblewomen.com.my.

IKLAN

Tinjauan WAO menunjukkan 40% wanita hamil mengalami diskriminasi di tempat kerja. Justeru, gambaran di sebalik statistik tersebut didedahkan bagi menunjukkan impak ketara diskriminasi gender terhadap kehidupan wanita.

Wanita Hamil, Golongan Pekerja Wanita Tertinggi Mengalami DISKRIMINASI GENDER!

“Kempen ‘Wanita Tersisih’ ini menunjukkan betapa kerapnya masalah yang dialami oleh golongan wanita disisihkan di tempat kerja,” kata Iska Hashim, Pengarah Kreatif Kumpulan Leo Burnett, rakan kreatif kempen tersebut.

Bersama-sama dengan Ketua Reka Bentuk, James Seet, Hashim menerajui pasukan kreatif yang teruja untuk menyumbang terhadap isu ini.

IKLAN

Wanita Hamil, Golongan Pekerja Wanita Tertinggi Mengalami DISKRIMINASI GENDER!

“Wanita sering disoal ketika temu duga kerja, sama ada mereka merancang untuk mempunyai anak, malah bagi golongan wanita yang hamil pula berpotensi disisihkan di tempat kerja. Jika wanita tersebut berhenti kerja sementara untuk membesarkan anak-anak, mereka akan mengalami kesukaran untuk memasuki semula pasaran kerja,” jelas pengarah seni Leo Burnett, Lee Shyyi.

IKLAN

Pada masa ini, tidak ada undang-undang spesifik yang melarang diskriminasi gender dalam sektor swasta. Matlamat utamanya adalah untuk menyokong Akta Kesamarataan Gender yang akan melindungi daripada diskriminasi gender. Untuk merealisasikan hasrat ini, input dan sokongan orang ramai perlu untuk menyokong tindakan ini.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI