Setiap wanita tidak akan melangkah keluar dari rumah tanpa semburan minyak wangi. Ia bukan sahaja penting untuk memastikan keharuman dan kesegaran pada diri sendiri tetapi untuk sesiapa sahaja bersama anda merasa selesa dan menyenangkan.

Sememangnya haruman tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian anda. Sama ada anda menggunakan sabun mandi, menyembur pewangi atau menyapu bedak badan, ia tetap sejenis haruman, cuma berlainan sifat.

IKLAN

Sejarah Perfume

Pada ribuan tahun dahulu perkataan ‘parfum’ berasal dari Bahasa Latin perfumum atau ‘melalui asap’. Salah satu kegunaan pada ketika itu parfum membentuk melalui pembakaran dupa dan rempah-rempah yang beraroma yang digunakan dalam upacara keagamaan, seperti aromatik gusi, kemenyan dan mur, yang dikumpulkan dari pohon-pohon semula jadi.

Orang Mesir (Egypt) adalah yang pertama untuk memasukkan minyak wangi ke dalam budaya mereka diikuti oleh China purba, Hindu, Afrika dan diikuti negara-negara yang lain.

Penggunaan wangian aromatik tumbuhan dan bunga untuk haruman yang semerbak telah dikenali untuk waktu yang sangat lama. Orang-orang Rom telah memperkenalkan banyak spesis tanaman aromatik pinggiran empayar di mana mereka masih tertanam.

Dalam membuat persiapan wangian, tanaman semula jadi biasanya diproses menjadi bunga kering, daun kering, akar kering, atau ekstrak dalam air dan minyak.

Hari ini, hampir semua orang menggunakan salah satu antara pelbagai jenis haruman terdapat di pasaran.

Wanita & Perfume Berpisah Tiada, Ke Mana Suami Pergi PASTI RINDU Bau Isteri Tercinta!
Maria Sharapova, AVON LUCK

Tahap Haruman

Pure Perfume: Tahap haruman paling kuat, paling mahal dan ketahanannya 5 hingga 6 jam. Pewangi yang mempunyai julat minyak pati paling tinggi tanpa alkohol dan asli. Jika anda mengenakan wangian ini, bukan sahaja tubuh akan berbau harum malah boleh dihidu dari jarak yang cukup jauh dan tahan lama. Jangan menyemburkan semburan perfume ke baju kerana teksturnya yang berminyak dapat meninggalkan noda. Cukup dengan menyapunya sedikit di nadi tangan dan belakang telinga.

IKLAN

Eau de Parfume: Tinggi kekuatan harumannya tetapi kurang sedikit daripada perfume. Ia mengandungi sedikit alkohol sebagai fixatives. Selalunya lebih sesuai digunakan pada malam hari, terutama untuk menghadiri acara formal.

Cologne: Haruman paling nipis, ringan dan ketahanan hanya di antara 2 hingga 3 jam sahaja. Minyak wangi yang paling lemah dan kebiasaannya dipasarkan kepada lelaki. Mengandungi sedikit minyak pati berbanding parfume dan mempunyai asas alkohol. Amat sesuai digunakan di bahagian tubuh untuk menyegarkan dan memberikan aroma harum selepas mandi. Biasanya wangian ini beraroma menyegarkan. Contohnya kita boleh dapati pada tisu basah yang sesuai digunakan sebagai penyegar selepas melakukan sebarang aktiviti.

Toilet water: Ia tidak mengandungi sebarang lapisan haruman selain haruman asli. Pati minyak tidak serupa dengan haruman kerana sesetengah bahan rumusan semula jadi telah diubahsuai. Untuk kesegaran yang bertahan lama, wangian jenis ini adalah pilihan yang sesuai kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam dan sesuai untuk banyak acara mahu pun saat bersantai bersama teman.

Body Splash: Ia memiliki kadar pati terendah di antara semua jenis wangian dengan campuran kurang dari 3% dan bertahan hanya sekitar 1 jam saja. Wanginya tidak bertahan lama kerana kadar alkoholnya yang tinggi. Sama seperti eau de cologne, body splash lebih sesuai dipakai untuk mengharumkan tubuh.

IKLAN

Tip Sapuan Haruman

  1. Jangan sembur dari jarak dekat – Pastikan jarak semburan wangian itu tidak terlalu dekat dengan bahagian kulit anda, ia akan menyebabkan tumpuan hanya pada satu kawasan. Malah bau tersebut akan menjadi terlalu kuat dan berbeza daripada bau yang sebenar.
  2. Pastikan kulit lembap – Bau haruman mudah hilang pada kulit kering kerana sel kulit yang tertanggal akan membawa bersama haruman tersebut. Lebih kerap kulit disapu pelembap, lebih lama haruman itu mampu bertahan. Haruman bertaup dengan minyak atas kulit dan haba badan pula membantu haruman itu menyemarakkan baunya.
  3. Semburan dari atas – Semburkan wangian dari atas dan bergerak sehingga ke bawah supaya wangian tersebut terkena pada seluruh anggota badan.
  4. Sembur pada kulit bukan pakaian – Ada di antara anda yang menyembur wangian pada baju tetapi jika mengikut cara yang betul adalah semburan ke kulit. Setiap kali lepas mandi, tunggu selepas lima minit dan kemudian sembur wangian. Ketika itu badan dalam keadaan bersih, lembap dan liang roma terbuka. Ia memudahkan proses wangian meresap masuk ke kulit dan bertahan lama.
  5. Elakkan dari terkena barang perhiasan – Elakkan semasa menyembur wangian terkena pada barang perhiasan seperti rantai, gelang, cincin dan sebagainya. sebab boleh rosakkan perhiasan yang dipakai.
  6. Sembur pada tempat yang bernadi – Ini adalah perkara paling asas. sebelum menyembur wangian ke tempat-tempat lain, sembur dulu wangian ke tempat-tempat nadi seperti leher, dalam siku, belakang pergelangan tangan, belakang lutut dan lekuk di buku lali.
  7. Amalkan selepas menyembur minyak wangi pakai pelembap dari pewangi yang sama – Selepas sembur minyak wangi, sapu pelembap daripada wangian yang sama agar ia terkunci sebati dan bertahan lama. Cuba bayangkan jika minyak wangi bau lain, pelembap berbau lain, ia boleh membuatkan orang di sisi anda jadi pening dengan pelbagai campuran wangian.
  8. Jangan gosok selepas sembur – Kesalahan yang seriang dilakukan adalah menggosok pergelangan tangan selepas menyembur minyak wangi. Tindakan ini boleh membuatkan molekul minyak wangi itu pecah sekali gus membuatkan bau haruman hilang lebih pantas daripada jangka masa sebenarnya.

Nota

Kita sering menjumpai jenis EDP dan EDT. Perlu kita fahami bahawa tidak semua wangian tersedia dalam 2 jenis ini. Untuk wangian wanita sebahagian besar berjenis EDP, sebaliknya untuk lelaki sebahagian besar berjenis EDT.

Umumnya, wangian jenis EDP lebih tahan lama daripada EDT. Namun ketahanan aroma sebuah wangian dipengaruhi oleh banyak hal. Salah satunya jenis aroma daripada wangian tersebut. Ada yang kuat, sedang, dan halus. Ada wangian berjenis EDP yang jenisnya halus, tentunya ia tidak akan bertahan lama. Banyak juga jenis EDT yang aromanya kuat sehingga aromanya bertahan lama.

Kebanyakan produk wangian mengandung alkohol. Jadi, semakin tinggi kadar kepekatan pati wangian semakin sedikit kadar alkoholnya. Karena sifat alkohol yang menguap, fungsi alkohol di sini untuk membantu menyebarkan aroma wangian agar tercium oleh orang-orang di sekitar anda. KR

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI