Sebaik mendapat pengesahan kehamilan, kebanyakan ibu mengandung mahupun suami amat berhati-hati dalam soal pemakanan. Demi memastikan bayi memperoleh keperluan lengkap, pengambilan makanan yang kaya dengan gizi menjadi santapan ibu setiap hari.
IKLAN
Namun, tahukah anda tahap kesihatan kelenjar tiroid ibu hamil juga harus diberi perhatian kerana mampu mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan otak bayi? Terletak di pangkal leher, kelenjar berbentuk seakan rama-rama ini mempunyai pelbagai fungsi penting buat wanita sepanjang usia kehamilan.
Komplikasi ketika dan selepas kelahiran bayi
Apabila bekalan hormon ini tidak mencukupi dalam darah, ia boleh menjejaskan fungsi tubuh dan menunjukkan simptom keletihan, kenaikan berat badan, sembelit dan sensitif pada kesejukan berbanding orang lain.
Akibatnya, bayi akan mengalami masalah pembelajaran ketika membesar dan masalah perkembangan lain.
IKLAN
Siapa yang berisiko?
Perempuan
Faktor genetik
Menghidap sakit pituitari atau endokrin lain
Melebihi usia 60 tahun
Merokok
IKLAN
Kesan kepada ibu & kandungan
Boleh menyebabkan kelahiran pramatang
Komplikasi serius yang dikenali sebagai pra-eklampsia
Bayi tidak cukup bulan
Kematian ketika bayi dilahirkan
Sesetengah wanita mempunyai kelenjar tiroid yang berfungsi dengan normal mungkin akan mengalami tiroiditis selepas bersalin (PPT) dalam masa setahun selepas bersalin. Menurut Prof Nor Azmi Kamaruddin, PPT merujuk kepada keradangan pada kelenjar tiroid.
Malangnya, ia sukar dikenal pasti kerana kemurungan yang disebabkannya sering dianggap akibat daripada tekanan menjaga bayi baru lahir dan penyakit ‘postpartum mood’. Wanita dengan PPT yang tidak dirawat menghadapi risiko lebih tinggi untuk mendapat hipotiroidisme kekal dalam tempoh 5 hingga 10 tahun seterusnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada lagi rahsia! Adik kepada pelakon terkenal, Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin sah bergelar isteri kepada pemain pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid di sebuah majlis akad nikah yang berlangsung sebentar tadi (8.46 malam)
Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sambil disaksikan oleh bapa Syifa sendiri iaitu Amirol Melvin Abdullah.
Difahamkan majlis pernikahan yang bertemakan serba putih itu dilangsungkan di Hotel Hilton, Petaling Jaya secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pasangan, saudara mara, rakan serta tetamu yang lain.
Syifa Melvin atau nama penuhnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvina yang berusia 28 tahun selamat menjadi isteri kepada Safawi Rasid, 25 tahun dengan hanya sekali lafaz. Menurut sumber, kedua-dua pengantin yang sama cantik sama padan ini diijabkabulkan sebentar tadi dengan mas kahwin sebentuk cincin, menerusi sesi LIVE yang disiarkan di saluran Youtube The Melvins.
Memilih persalinan berona emas, Syifa Melvin kelihatan anggun sekali namun masih belum ada kepastian siapakah pereka busana yang dipakainya. Menerusi perkongsian media, antara rakan selebriti yang hadir adalah Uyaina Arshad, Raja Syahiran, Riena Diana, Lia Natalia, Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.
Terdahulu, tular sebuah video menerusi aplikasi TikTok sehingga timbul satu dakwaan pemain bola sepak berusia 25 tahun itu bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya Malah perhubungan mereka sebelum ini juga berjaya dihidu terutama sekali dari pihak media walaupun tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua belah pihak yang mengatakan mereka menjalin hubungan istimewa.
Walauapapun, NONA mendoakan semoga mahligai dibina kedua-dua pengantin ini bahagia hingga ke jannah. Selamat pengantin baru!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sosok ibu yang penyayang, kelembutan dan pengorbanannya sentiasa dalam ingatan. Tanggal 14 Mei ini, seluruh dunia meraikan Hari Ibu sebagai tanda penghargaan buat ibu tersayang. Ada yang merancang membawa ibu bercuti, menjamu selera dan membelikan hadiah. Namun betapa hebat pun rancangannya, yang pasti harga pengorbanan ibu melahirkan kita tak mungkin terbalas.
Serabut memikirkan hadiah yang paling tepat untuk Hari Ibu nanti? Nona menghimpunkan beberapa idea ini sebagai panduan mudah.
(1) Beg Tangan TOCCO TOSCANO
Tocco Toscano melancarkan koleksi baharunya sempena sambutan Hari Ibu tahun ini. Mengambil inspirasi daripada landskap yang indah dan warisan artistik yang unik di Tuscany Itali, reka bentuk tas tangan yang unik dan elegan daripada jenama ini ialah bukti kekuatan peribadi, keayuan dan keunikan para wanita.
Seperti kasih sayang ibu yang sungguh bernilai, Paula’s Choice juga mahukan anda dan ibu tersayang menikmati keserian yang diimpikan. Nikmati diskaun hebat sehingga 20% barangan kegemaran dan percuma Paula’s Choice Ultra Smooth Glow Duo bernilai RM115 dengan pembelian minimum RM300.
“Segalanya bermula daripada ibu…” Kate Spade New York meraikan ibu-ibu di seluruh dunia dengan mengimbau semula kenangan manis ibu dan anak. Dari momen belajar mengikat tali kasut, mengoles lipstik, menyimpan impian besar dan mengajar kita erti kehidupan yang sebenar, Kate Spade merangkumkan semuanya dalam kempen ‘It All Started with a Giggle,’ ‘It All Started with Keeping It Together,’ ‘It All Started with Walking the Walk,’ ‘It All Started With Coloring Inside the Lines,’ serta banyak lagi.
Direka khusus menurut imej kempen di atas, beberapa perhiasan kemas Kate Spade New York ini sangat sesuai dijadikan hadiah bermakna buat ibumu.
Tak lengkap kiranya sambutan Hari Ibu ini tidak disertai dengan sebiji kek istimewa. Inside Scoop melancarkan perisa The Tropical Cake yang diperbuat daripada sorbet kelapa berkrim dan menyegarkan dihiasi topping jem mangga serta buah markisa yang dingin. Memang istimewa sangat!
Sempena Mei ini, Samsung turut menawarkan tawaran istimewa buat meraikan Hari Ibu. Dengan niat untuk terus menghubungkan, mencipta memori baru, meningkatkan kesihatan, menambah keseronokan serta nikmat berterusan, Samsung dengan pelbagai himpunan gadget canggih pasti menepati jiwa ibu tercinta.
Selain gubahan bunga dan sekotak coklat buat hadiah ibu tercinta, mengapa tidak berikan seutas jam tangan kecergasan Garmin untuk meraikannya? Kita semua tahu bahawa ibu-ibu senantiasa mendahulukan keperluan orang lain berbanding diri sendiri, jadi mengapa tidak hadiahkan sesuatu yang amat berharga sebagai tanda sayang kita buatnya?
Manjakan selera si ibu dengan hadiah edisi terhad ROYCE CHOCOLATE berperisa bunga sakura! Dengan kelazatan kelopak bunga sakura yang harum, buah-buahan segar dan coklat Hokkaido berkrim, sambutan Hari Ibu nanti pasti tambah bermakna dan mencipta kenangan abadi.
Menyedari betapa pentingnya regim membersihkan wajah khasnya selepas memakai solekan tebal, FENTY SKIN melancarkan Melt Awf Jelly Oil Makeup-Melting Cleanser baharu untuk mengekalkan kesihatan kulit. Buat ibu-ibu berkerjaya, tanggalkan sisa solekan dan cuci bersih noda-noda solekan kalis air yang melekat dengan pembersih ini. Ia dirumus dengan infusi 9 minyak pati serta mentega shea untuk wajah bersih dan lembut sempurna!
Program realiti TV, Pencarian Nona Superwoman yang julung kalinya bersiaran di ASTRO PRIMA kini melangkah ke Episod 2. Terdahulu, episod pertama yang disiarkan pada 22 September lalu menampilkan 12 finalis yang terpilih untuk meneruskan cabaran mereka dalam program ini.
Episod kali ini peserta diberikan cabaran dan mereka perlu menyelesaikan cabaran tersebut. Turut ditampilkan dua juri tetap iaitu Ketua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn Bhd, Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan serta pengacara terkenal, Awal Ashaari.
Dalam cabaran minggu ke-2 ini para peserta diberikan 2 tugasan. Untuk tugasan pertama, juri tetap mengajukan soalan kepada 12 finalis dan mereka perlu menjawab secara spontan dalam masa 30 saat sahaja.
Untuk tugasan kedua pula, finalis diminta untuk menjual berdasarkan produk yang telah diberikan kepada mereka. Pengacara jelita, Uyaina Arshad sentiasa menghidupkan suasana dengan kepetahannya berbicara. Biarpun sesi rakaman terpaksa dilakukan kerana mematuhi SOP yang ditetapkan namun debaran tetap dirasai terutama di kalangan peserta.
TUGASAN
Dalam Cabaran Satu Sesi Q&A, soalan diajukan oleh Datin Adzliana kepada 3 finalis pertama iaitu Sarah Ismail, Ayu Omar dan Ana tentang sejauh mana kepentingan lokasi dalam membangunkan sesebuah perniagaan. Ketiga-tiga finalis telah memberikan jawapan yang tersendiri dan mantap.
3 finalis seterusnya iaitu Syamimi Khalil, Ayda dan Syu Ramli perlu menjawab soalan daripada Awal Ashaari tentang bagaimana cara untuk mengekalkan pelanggan tetap. Ternyata jawapan yang diberikan oleh ketiga-tiga finalis amat meyakinkan.
Manakala Fazlia Akma, Jiejie dan Linda pula perlu menjawab soalan yang diajukan oleh Datin Adzliana tentang kaedah promosi yang paling berkesan dalam perniagaan.
3 finalis seterusnya ialah Fazs Faozi, Emma Bee dan Rina Hashim yang diajukan soalan tentang bagaimana cara untuk mengekalkan perniagaan ketika pandemik. Soalan diajukan oleh Awal Ashaari.
Untuk cabaran kedua, finalis dikehendaki menonjolkan kebolehan dan kemampuan mereka dalam mempromosikan produk jualan berdasarkan item yang telah diberikan. Cabaran ini dinamakan Sesi Penjualan Langsung mengikut kreativiti masing-masing.
TIADA PENYINGKIRAN
Sebelum keputusan Top 3 dan bottom two diumumkan, juri tetap telah memberikan komen serta kesimpulan berdasarkan jawapan 12 finalis tadi. Menurut juri, terdapat finalis yang menjual barangan mereka dengan cara yang sangat baik namun ada juga prestasinya yang kurang memberangsangkan.
Top 3 yang diumumkan oleh Datin Adzliana ialah Fasz Faozi, Syu Ramli dan Fazlia Akma.
Manakala finalis yang berada di tangga terendah ialah Jiejie dan yang tersingkir ialah Syamimi.
Pun begitu, setelah juri tetap berbincang mereka sepakat untuk menyerap kembali Syamimi bagi meneruskan cabaran akan datang. Pesanan berharga Datin Adzliana buat 12 finalis agar mereka melakukan yang terbaik dalam setiap tugasan yang diberikan.
Program ini menyasarkan usahawan B40 dan M40 yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Matlamat program ini adalah bagi menyuntik inspirasi serta memberi peluang baharu kepada para peserta agar terus bangkit memajukan empayar perniagaan. Setiap peserta memiliki latar belakang dan industri bisnes yang berbeza.
Siapakah yang bakal bergelar juara? Jangan lupa mengundi peserta favourite anda!
Program yang bersiaran setiap Rabu jam 9.00 malam itu dibawakan secara eksklusif oleh Majalah Nona dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd serta diperkasakan sepenuhnya oleh USANITA.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!