Anda peminat pancaragam? Ini berita baik yang rugi jika dilepaskan. Ahli Pancaragam Sekolah Tun Fatimah akan bekerjasama dengan Orkestra Tradisional Malaysia untuk sebuah konsert satu malam yang diberi judul ‘A Night With The Stars’.

IKLAN

Antara acara yang telah ditetapkan untuk malam 27 April 2018 itu adalah persembahan artis seperti Amy Search, Jaclyn Victor, Fauziah Latiff, Dina Nadzir dan juga Anding Indrawani.

Objektif utama persembahan ini ialah untuk mengumpul dana TFBB membeli kelengkapan baru dan juga props untuk pasukan colour guards mereka. Kutipan dari persembahan ini juga akan digunakan untuk penyertaan TFBB dalam pertandingan Grand Prix Marching Band tahun ini di Jakarta.

Ia juga adalah untuk meraikan kejayaan cemerlang Sekolah Tun Fatimah sebagai Sekolah Berasrama Penuh yang memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia terbaik untuk tahun 2017.

Wow, Inilah Pancaragam Terbaik Yang Bakal Beraksi di ISTANA BUDAYA, Siap Buat Konsert!

TFBB yang dianggotai seramai 58 orang pelajar ini berlatih hanya selama tiga bulan untuk membuat persembahan ini di bawah pimpinan jurulatih TFBB, Esty Farrah Musa, yang juga merupakan bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah.

Menurut Esty, “Kami berasa amat bangga diberi peluang untuk membuat persembahan di Istana Budaya, tempat terunggul di Malaysia untuk melakukan persembahan teater dan persembahan antarabangsa.”

Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Dato’ Muhamed Juhari bin Shaarani berkata, pihak Istana Budaya merasa amat berbesar hati dan mengalu-alukan kerjasama di antara TFBB dan OTM yang memaparkan peralatan muzik tradisional Malaysia.

IKLAN

“Kami berharap untuk meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai peralatan muzik tradisional, serta bagaimana gabungan di antara peralatan tersebut dengan peralatan muzik moden akan menghasilkan satu campuran yang unik dan berharap ia akan menjadi suatu pengalaman muzik yang sangat unik.”

Wow, Inilah Pancaragam Terbaik Yang Bakal Beraksi di ISTANA BUDAYA, Siap Buat Konsert!

IKLAN

Pada persembahan tersebut, ‘A Night with the Stars’ akan menampilkan lagu-lagu klasik di samping lagu-lagu terkini. Sebagai Sekolah Berasrama Penuh yang terbaik, anggota TFBB perlu mengimbangi tuntutan akademik dengan latihan pancaragam mereka dengan baik.

Mujurlah sebagai salah satu tradisi Sekolah Tun Fatimah yang telah lama wujud, perkara ini diurus dengan baik oleh anggota pancaragam tersebut dengan sokongan padu yang diberikan oleh para guru terutamanya Pengetua Cemerlang, Puan Hajah Kamisah Aziz.

Trivia TFBB

  1. TFBB mempunyai sebuah legasi yang lama iaitu sejak tahun 1973, apabila ianya ditubuhkan oleh seorang guru Bahasa Inggeris yang terunggul in Sekolah Tun Fatimah bernama Dr. Hyacinth Gaudart.
  2. Buat masa ini, ianya merupakan satu-satunya pasukan pancaragam Sekolah Berasrama Penuh yang mempunyai pasukan Colour Guardnya sendiri.
  3. Pasukan Colour Guard ini merupakan satu seksyen tanpa muzik yang memberi tambahan tarikan visual terhadap persembahan-persembahan pasukan pancaragam tersebut, dalam kes TFBB, mereka membuat putaran bendera.
  4. Di antara pencapaian TFBB termasuk memenangi pelbagai anugerah berprestij termasuklah Johan pertandingan-pertandingan peringkat Negeri dan Kebangsaan tahun-tahun 2004, 2005, 2007, 2009, 2010, 2011, 2013
  5. Selain itu, TFBB turut menjadi Johan pertandingan Colour Guards sempena Hari Wilayah 2016, Johan Street Parade peringkat Negeri 2015, Pasukan terbaik Drumline Street Parade peringkat Kebangsaan 2015, Anugerah Perak dalam Festival Red Sonata 2017.
  6. Pernah mewakili negara di Grand Prix Marching Band Jakarta 2017 dan mendapat tempat ketiga dalam kategori Field Music. Selain itu TFBB mendapat tempat keempat keseluruhan, Grand Prix Marching Band Jakarta 2017.

Wow, Inilah Pancaragam Terbaik Yang Bakal Beraksi di ISTANA BUDAYA, Siap Buat Konsert!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI