Usianya baru 27 tahun namun sudah pun memiliki apa yang didambakan oleh setiap wanita antaranya ialah keluarga yang bahagia, sukses dalam perniagaan bersama suami, berpenampilan menarik, berpendidikan tinggi serta mampu berdikari.

Inilah ciri-ciri wanita inspirasi yang wajar dicontohi khususnya oleh gologan muda seperti YM Tengku Norhanim Tengku Othman atau lebih mesra dengan sapaan Hanim. Ibu kepada dua cahaya mata perempuan berusia 5 tahun dan 11 bulan ini merupakan anak jati Kelantan.

IKLAN

Sesibuk mana pun, Hanim dan suami tetap akan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Justeru, dengan memilih perniagaan sebagai fokus utama adalah sangat tepat. Setidak-tidaknya dapatlah mereka memanfaatkan masa yang lebih fleksibel bersama keluarga.

YM TENGKU NORHANIM Buktikan Kahwin Muda Bukan Penghalang Untuk Bina Kerjaya!

KAHWIN MUDA

“Saya dan suami kenal dalam masa singkat. Ketika itu saya masih menuntut di Universiti Malaya dan suami baru tamat pengajiannya dalam jurusan Automatif di TOC The Automative College. Selepas berkahwin barulah bermula fasa mengenali hati budi masing-masing.

Alhamdulillah walaupun berkahwin pada usia muda namun perkahwinan kami masih bertahan. Tahun ini genaplah enam tahun usia perkahwinan kami. Saya yakin suami adalah insan terbaik buat saya dan anak-anak. Suami sentiasa berada bersama walau dalam apa jua keadaan.

Walaupun cerewet suami seorang yang bertanggungjawab, penyayang dan faham kesibukan saya menguruskan perniagaan. Jika saya tidak sempat memasak suami tidak pernah memaksa. Sebab itulah suami menyediakan pembantu rumah.

YM TENGKU NORHANIM Buktikan Kahwin Muda Bukan Penghalang Untuk Bina Kerjaya!
Pesona YM Tengku Hanim Tengku Othman

Berkahwin di usia muda memang banyak cabarannya. Masing-masing ada ego tetapi itu semua tak akan ke mana kalau kedua-duanya tak mahu mengalah. Suami mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Apa yang membuatkan saya terpesona dengan sikap suami ialah ketenangannya yang menyejukkan jiwa.

Suamilah teman paling rapat dengan saya. Tak pernah saya memandang rendah terhadap segala nasihat yang diberikan oleh suami apatah lagi untuk menyesal atau merungut kerana sedar kami saling melengkapi. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

Selain bertolak ansur kami juga saling jujur dalam perhubungan. Jika berselisih faham biasanya kami akan tunggu keadaan kembali reda kemudian barulah kami berbincang secara baik,” ungkap Hanim.

PERNIAGAAN

IKLAN

Pemilik jenama Adeliciousz Crispy Choco Jar ini sangat komited dalam apa jua yang dilakukan, baik dari segi urusan keluarga mahupun perniagaannya. Adeliciousz Crispy Choco Jar yang bermula sejak tahun 2014 kini bukan hanya dikenali di Malaysia bahkan telah pun memasuki pasaran global seperti Thailand, Brunei dan Singapura.

YM TENGKU NORHANIM Buktikan Kahwin Muda Bukan Penghalang Untuk Bina Kerjaya!

“Adeliciousz Crispy Choco Jar adalah nadi kesungguhan saya dan suami dalam mengemudi perniagaan sejak beberapa tahun lalu. Selepas melahirkan anak sulung, Adelea, kami memulakan perniagaan ini. Idea untuk berniaga sebenarnya datang daripada suami.

Setelah yakin produk ini banyak permintaan maka suami mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Atas permintaan yang sangat menggalakkan telah mencetuskan lagi semangat kami untuk berniaga secara online dari rumah.

IKLAN

Saya dan suami sangat komited serta mahu legasi perniagaan ini bertahan lama. Biarpun turut merasa tempias kegawatan ekonomi namun Adeliciousz Crispy Choco Jar masih mampu bersaing dalam pasaran,” bual Hanim sambil tersenyum.

KONGSI REZEKI

“Tak dinafikan wang sangat penting ketika ini. Untuk hidup harmoni dan bahagia kita perlukan wang. Kalau tak ada wang bagaimana kita hendak menggembirakan keluarga, pergi bercuti dan memberikan pendidikan terbaik buat anak-anak? Maka segala-galanya wang. Namun apa yang penting jangan jadi hamba duit.

Sebab itulah saya dan suami bertungkus lumus daripada sekarang. Kejar betul-betul peluang yang ada selain bekerja keras idem masa depan keluarga seterusnya dapat memberikan manfaat buat orang lain untuk menjana pendapatan dengan menjadi agen dan stokis.

Dari situ dapat lihat produk kita mampu menjadi sumber rezeki buat mereka yang ingin mengubah nasib diri serta keluarga menjadi kepada lebih baik,” akhiri graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Timur dari Universiti Malaya ini.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI