Berkelulusan tinggi, memiliki profesion terjamin dan kewangan yang stabil membuatkan wanita masa kini selesa berdiri di atas kaki sendiri. Meskipun berharta dan mampu menyara hidup sendirian namun naluri untuk berumah tangga dan bergelar ibu masih menebal dalam diri seorang wanita.  Sehinggakan kebanyakan daripada mereka yang sudah dianggap ‘berusia’ ini sanggup mengenepikan soal umur mahupun kebendaan, semata-mata untuk mencari kebahagiaan hidup berkeluarga.

IKLAN

Melihat kepada senario hari ini perkahwinan di antara wanita lebih berusia dengan lelaki muda bukan lagi perkara asing. Memang masih terdapat segelintir pihak yang memandang serong dan mempersoalkan keputusan pasangan terbabit. Tapi siapalah kita untuk menilai kebahagiaan mereka, bukan?

Terpanggil untuk menyelami jiwa lelaki muda, Nona sempat mendapatkan pandangan berkaitan ‘fenomena’ tersebut daripada pemenang Hero Remaja 2017. Dan, jawapan daripada ketiga-tiga mereka memang di luar jangkaan!

WANITA BERUSIA VS WANITA MUDA

Ini antara luahan hati Alif Muhamin, Farhan Asri dan Harris Annuar.

“Sebenarnya saya sendiri pun pernah menjalin hubungan dengan wanita lebih berusia. Waktu itu saya 23 tahun dan dia pula sudah 35 tahun. Bagi saya, trend lelaki muda dengan wanita berusia ini makin menjadi mungkin wanita ini lebih matang dan memahami. Ada wanita yang berumur 20 hingga 24 tahun saya tengok mereka tak berapa hendak serius lagi. Malah tak begitu memahami jiwa lelaki. Jadi, saya sendiri pun memang lebih selesa berkawan dengan wanita sebegini,” telus Alif yang kini berumur 23 tahun.

“Dua-dua pun ok, berusia atau yang muda. Tapi kalau dapat wanita lebih berusia, saya tahu mereka ini ada lebih pengalaman yang membuatkan kita berasa selesa. Mungkin dari segi menjaga hati dan juga bijak mengatur kewangan. Salah satu perkara yang boleh membuatkan saya tertarik kepada wanita berusia adalah pengalaman mereka,” ungkap Harris jujur.

IKLAN

“Saya juga sama seperti Harris. Tak kisah sama ada muda mahupun berusia. Tapi realitinya saya lebih suka wanita berusia sebab orang macam saya susah hendak handle sebab suka main-main. Bila dapat partner yang lebih berusia, mungkin akan timbul rasa segan dan hormat. Jadi, benda-benda seperti itu yang boleh buatkan kita matang dan lebih menjaga kelakuan. Saya juga jujur katakan yang saya pun ada pengalaman bercinta dengan wanita yang usianya dua tahun lebih tua daripada saya,” cerita Farhan.

Mengambil kira pandangan dan luahan ketiga-tiga wakil remaja lelaki ini dapat disimpulkan ‘saham’ wanita lebih berusia sememangnya lebih tinggi zaman sekarang. Jika wanita berumur lebih mendambakan kasih sayang lelaki mengatasi kebendaan dan sebagainya, persepsi lelaki muda hari ini pula lebih tertarik kepada sikap tolerasi dan saling memahami yang ada dalam diri wanita matang.

IKLAN

PERANCANGAN SELEPAS MENANG

Dalam pertemuan sama, Juara Hero Remaja 2017, Alif Muhamin yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor ini turut merancang untuk meneruskan minatnya dalam bidang lakonan selain membawa isu kesedaran tentang penyakit berbahaya kepada para pelajar di sekolah rendah mahupun menengah. Antara perkara yang ingin diketengahkan Alif adalah berkaitan kes buli di kalangan pelajar di samping masalah obesiti.

Naib Juara Hero Remaja 2017, Farhan Asri juga selepas ini mahu menonjolkan bakat dalam dunia lakonan meskipun hobinya adalah menyanyi. Terangnya, dia akan lakukan yang terbaik dalam pentas seni lakonan yang diimpikannya selama ini agar hasil yang bakal dipersembahkan nampak nyata dan bersahaja. Begitu juga Harris Annuar yang mahu mencuba bidang pengacaraan dan lakonan kerana ingin keluar dari zon selesanya, peragaan. Menurut jejaka berusia 24 tahun ini, dia mengharapkan agar tawaran mengacara dan berlakon datang seiring supaya khalayak dapat menghargai bakat yang dimilikinya.

Walau apa pun perancangan kalian, Nona ucapkan semoga maju jaya! SUZIANA ABU DAUD  

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI