10 Variasi Gaya Super Gorgeous DAIYAN TRISHA, Makin Cantik & Ekpresif!

Siapa yang tidak kenal dengan Daiyan Trisha, penyanyi dan pelakon cantik yang sukses dalam karier seninya. Daiyan juga sewajarnya dijadikan contoh anak muda yang pandai berdikari. Segala apa yang dimilikinya kini adalah dari hasil titik peluhnya sendiri.

Rumah dan kereta mewah sudah pun berjaya dimilikinya di usia muda. Mungkin lebih banyak lagi impian yang dalam perancangan gadis berusia 28 tahun ini.

Tahun lalu, artis berbakat besar ini berkongsi detik paling bermakna apabila dia membuat kejutan kepada ibu dan bapanya dengan membeli sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz. Ia sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya yang disambut pada November 2020.

Selain itu, penyanyi yang popular dengan lagu Penat ini juga pernah membuat kejutan pada Mac 2019 di mana dia dia berkongsi kegembiraan apabila berjaya membeli rumah sendiri di usia 25 tahun. Hebatnya!

Sekadar info, Daiyan mula bergiat aktif dalam dunia hiburan ketika usianya 20 tahun dan mula mendapat perhatian menerusi telefilem berjudul Dee di Astro Ceria. Daiyan merupakan graduan Diplioma Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Universiti Insfrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).

Selain bergelar penyanyi dan pelakon, Daiyan juga merupakan seorang penulis. Kebanyakan karya lagu-lagunya ditulis sendiri. Bakat menulis itu diwarisi dari ibunya yang juga seorang penulis terkenal.

Selain sukses dalam bidang yang diceburinya, Daiyan juga seorang selebriti muda yang pandai bergaya. Penampilannya sentiasa kelihatan trendy dan elegan. Tidak lengkap penampilannya dengan barangan berjenama antarabangsa.

Ternyata, Daiyan mempunyai kelasnya yang tersendiri lengkap dengan pakej cantik, bijak dan sukses! Semoga Daiyan terus memberi inspirasi buat seluruh wanita khususnya generasi muda.

Jom kita lihat 10 variasi gaya super gorgeous Daiyan Trisha.

Kredit Foto: Instagram Daiyan Trisha

IKLAN
Share