Lagu ‘Jerat Percintaan’ menjadi titik mula kepada kebangkitan ‘Siti Nurhaliza’. Nama ini mula menjadi sebutan bukan saja dek kerana kejelitaan asli yang dimiliki bahkan kehebatan vokalnya biarpun ketika itu beliau masih di bangku sekolah.

14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita TerhebatDaripada seorang gadis desa DS Siti Nurhaliza kini berada dalam kelas tersendiri. Anak jati Kuala Lipis, Pahang berusia 41 tahun ini tetap berpegang kepada prinsip ‘Tidak Hidup Dek Puji, Tidak Mati Dek Keji’.

IKLAN

MOMENTUM
24 tahun dalam industri, figura tanahair ini turut melalui pelbagai perubahan antaranya era digital. Queen of Pop Malaysia dan Voice of Asia ini sentiasa bersedia menerima perubahan agar terus relevan dalam industri yang kian mencabar.

14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita Terhebat

“Saya sangat bersyukur kerana Allah SWT sudah aturkan perjalanan hidup yang terbaik dari segi sebagai seorang penyanyi, usahawan dan juga isteri serta ibu. Tanggungjawab sebagai penyanyi sebenarnya sangat besar. Saya bermula dengan menyanyi. Bidang ini sebenarnya banyak memberi pengaruh positif kepada kehidupan saya yang lain.

14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita Terhebat14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita TerhebatBagi meneruskan momentum agar terus diingati dan relevan dalam industri, sekarang ini bukan masa untuk saya bersaing dengan orang lain termasuk BBNU. Saya mahu terus kekal dengan rangkaian lagu serta produk yang bagus. Saya juga perlu selalu tampil dengan sesuatu yang baru.

Apabila seorang artis itu sentiasa hadir dengan koleksi single terbaru itu yang akan membuatkan orang akan selalu ingat dengan kita. Janganlah kita terlalu lama sangat ‘duduk diam’ kerana orang akan bertanya adakah kita masih menyanyi atau tidak? Maka, tiket untuk terus diingati ialah sentiasa tampil dengan produk baru tidak kiralah dalam bidang nyanyian atau perniagaan.

14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita Terhebat14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita TerhebatSaya sendiri selalu mengeluarkan single sekurang-kurangnya satu dalam setahun, ataupun dua tahun sekali. Saya akan memastikan lagu-lagu yang ingin diperdengarkan berkualiti termasuk persembahan yang bagus agar ia menjadi ‘buah tangan’ yang sentiasa segar dalam ingatan peminat,” tutur ibu kepada Siti Aafiyah Khalid yang kini berusia 2 tahun.

14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita TerhebatDS Siti Nurhaliza berjaya membuktikan album fizikal masih mempunyai permintaan apabila album ManifestasiSITI2020 mencatat jualan melebihi 5 rubu unit sekaligus layak menerima Anugerah Emas daripada Universal Music. Satu kepuasan buat beliau dan syarikat Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd untuk untuk terus berazam menerbitkan album fizikal dan secara digital.

PERNIAGAAN
Melayari bahtera rumahtangga selama 14 tahun bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah menjadikan DS Siti Nurhaliza seorang isteri, ibu, penyanyi serta usahawan yang terhebat. DS Khalid sentiasa menjadi tulang belakang utama untuk terus menjadi pendorong agar tidak mudah mengalah.

14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita Terhebat“Tidak dinafikan usahawan kecil atau besar terjejas dengan pandemik COVID-19. Saya juga tidak terkecuali. Oleh kerana suami seorang yang cepat bertindak terutama hal-hal berkaitan perniagaan beliau akan lebih serius. Beliau akan segera mencari penyelesaian. Katanya, kita tidak boleh mudah mengalah. Kena teruskan dan cari solusi terbaik.

14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita Terhebat14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita Terhebat14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita Terhebat14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita TerhebatKami all out dengan menguatkan platform online dan website. Sebagai pengasas saya yang turut ambil tanggungjawab contohnya membuat makeup tutorial menggunakan produk serta cara menggunakan produk yang betul. Saya juga sentiasa update laman sosial tentang perniagaan, produk-produk yang dijual dan promosi. Cara ini amat berkesan.

IKLAN

14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita Terhebat14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita TerhebatTidak dinafikan kita terpaksa berkorban sedikit dari segi harga produk yang dijual mengikut kesesuaian keadaan sekarang. Ramai yang terjejas dari segi ekonomi, keluarga, dibuang kerja dan sebagainya. Maka kemampuan mereka untuk membeli sudah berkurangan. Dengan harga berpatutan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka. Pada masa sama ia tetap memberi keuntungan kepada kami.

14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita Terhebat14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita TerhebatStrategi-strategi syarikat dan team pula kami perlu sentiasa duduk berbincang untuk memikirkan apa seterusnya untuk terus kekal dalam perniagaan. Lebih baik ada sedikit daripada tiada langsung. Maka, harus sentiasa cari jalan yang terbaik. Alhamdulillah laman sosial dan online business kami semakin kuat.

Kami turut membantu wanita-wanita atau sesiapa sahaja yang mahu menambah ekonomi keluarga untuk sama-sama menjana pendapatan dengan menjadi dropship. Tidak perlu keluarkan modal, hanya bantu buat promosi dan ambil pesanan. Ini cara kami mengukuhkan perniagaan dan membantu mereka yang mahu mencari pendapatan lebih,” kongsi pengasas SimplySiti, Creacion by Siti Nurhaliza dan BeauSiti by SimplySiti.

14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita TerhebatNONA HOMEGROWN AWARD
“Terima kasih majalah Nona kerana memberi penganugerahan berprestij ini. Besar pengertiannya buat saya. Sebagai majalah yang diminati pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja di kalangan high class mahupun medium class, ramai sebenarnya yang suka membaca majalah Nona kerana banyak memberi inspirasi.

IKLAN

Sebagai salah seorang wanita yang turut sama mengikuti perkembangan majalah Nona dan diberikan pula anugerah seperti ini sangat bermakna buat saya. Seseorang itu boleh menjadi inspirasi kepada wanita-wanita lain tidak kiralah sebagai isteri, ibu, usahawan mahupun wanita yang multi-talented. Itulah superwoman bagi saya.

14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita TerhebatPun begitu, jangan pula selalu merasakan kita yang terbaik. Sebagai seorang wanita kita masih ada kekurangan namun kita berjaya mengatasi banyak kelemahan dengan cara positif dan bagus seterusnya menjadi inspirasi buat orang lain. Kita bantu orang lain untuk berjaya.

14 Tahun Hidup Bahagia, Suami Jadi Pendorong DATUK SERI SITI NURHALIZA Bergelar Wanita TerhebatMaka, dari sudut positif itu terlalu besar untuk kita angkat wanita superwoman ini. Doakan saya untuk terus menjadi wanita yang dapat memberi inspirasi serta manfaat kepada orang lain,” akhiri DS Siti Nurhaliza.

Kredit Foto: Instagram @ctdk

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI