Gaya Hidup & Cita Rasa Mewah PREITY ZINTA Jadi Inspirasi, Turut Sukses Dalam Perniagaan

Bagi penggemar filem Bollywood era 90-an dan 2000-an, Preity Zinta adalah simbol pesona dan karisma.

Kredit Foto: realpz

Kini, Preity Zinta bukan sahaja dikenali sebagai pelakon bahkan juga sebagai ahli perniagaan yang berjaya serta merupakan salah seorang selebriti terkaya di India.

Tahun 2025 bakal menjadi bukti bahawa kerjaya dan perniagaan Preity Zinta berjalan seiring.

Filem Baharu & Perniagaan

Walaupun Preity Zinta jarang muncul di skrin, pendapatannya tetap melimpah ruah.

Manakala untuk filem terbaharunya, Lahore 1947, Preity Zinta dilaporkan menerima bayaran yang tinggi sekaligus membuktikan nilai komersialnya kekal kukuh dalam pasaran hiburan India.

Bukan hanya industri filem. sejak membeli saham dalam Punjab Kings dalam IPL pada 2008, pelaburannya melonjak.

Preity Zinta berjaya membuktikan dirinya sebagai pelabur yang berwawasan dan berani mengambil risiko.

Kehidupan peribadi Preity Zinta tidak kurang hebatnya. Selepas berkahwin dengan Gene Goodenough pada 2016, Preity Zinta kini menetap di Beverly Hills, Amerika Syarikat bersama suami dan anak kembar mereka.

BACA JUGA: Macam Tak Menua Usia 49 Tahun, Preity Zinta Rajin Bersenam & Seronok Layan Anak Kembar!

Preity Zinta juga terkenal dengan cita rasa mewahnya di mana dia gemar mengumpul koleksi kereta mewah seperti Lexus LX 470, Porsche, BMW dan Mercedes-Benz E-Class.

Jenama-jenama tersebut mengukuhkan lagi imejnya sebagai artis A-list dengan cita rasa mewah.

‘Comeback’ Filem Baharu

Filem baharu Lahore 1947 yang diarahkan oleh Rajkumar Santoshi dan diterbitkan oleh Aamir Khan ini bakal menjadi buah tangan istimewa Preity Zinta.

Berlatarkan peristiwa sejarah pemisahan antara India-Pakistan, filem ini turut dibintangi Sunny Deol, Shilpa Shetty dan Shabana Azmi.

Dalam filem ini, Preity melakonkan watak penting yang bakal memukau penonton dan bukti pesonanya masih belum pudar.

Wanita Inspirasi

Preity Zinta adalah cerminan wanita moden yang cantik, pintar, berjaya dan bersemangat.

Selain mengasaskan syarikat pengeluarannya sendiri, dia juga aktif melabur dalam kecergasan dan kesihatan. Walaupun berehat daripada dunia lakonan, Preity Zinta tetap produktif dan relevan.

Kejayaannya dalam menguruskan kewangan, memilih pelaburan, dan membina keluarga di luar negara menjadikan Preity Zinta seorang wanita inspirasi.

Preity Zinta mahu membuktikan kemunculan semulanya itu bakal menjadi lebih cemerlang berbanding sebelumnya.

 

Share
Published by
Amy Mohd