Bersuara Lunak & Ada Ijazah, Wani Kayrie Teruja Terima Undangan Persembahan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong!

Tuah penyanyi bersuara lunak, Wani Kayrie menerima undangan persembahan dari Istana Negara untuk sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Sebagai anak seni, undangan istimewa ini pastinya menjadi antara detik istimewa dalam kerjaya kerana berpeluang bertemu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Bukan semua orang dapat peluang tersebut!  

Menerusi perkongsian di media sosial, Wani atau nama penuhnya Syazwani Abdullah memuat naik video ketika dia mengadakan sesi raptai penuh sebelum majlis berlangsung.  

Artikel https://www.nona.my/berbakat-cantik-bijak-azeva-natassha-ikut-jejak-langkah-ibu-bapa-ada-pakej-lengkap-jadi-selebriti/

Wani Kayrie Buat Persembahan Di Istana Negara

Difahamkan, untuk sambutan Hari Raya itu Wani Kayrie membawakan lagu popular dendangannya Cak Cak Cekuk iaitu lagu berirama rakyat pop moden tradisional yang menyatukan eleman budaya lama dengan susunan muzik kontemporari.  

Teruja membuat persembahan di hadapan KDYMM Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah figura berusia 26 tahun berkenaan meluahkan rasa syukur menerima undangan itu.

“Menjunjung Kasih Tuanku. Berbesar hati untuk terima undangan persembahan ke Majlis Hari Raya Aidilfitri Kebawah Duli Yang Maha Mulia SPB Raja Permaisuri Agong bertempat di Istana Negara, Kuala Lumpur.   

MasyaAllah Tabarakallah.️ Rezeki Cak Cak Cekuk dapat didendangkan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia SPB Raja Permaisuri Agong beserta yang turut diraikan pegawai Istana yang berkhidmat di Istana Negara diiringi penari cilik yang hebat dari Permata Seni Tari.”

Antara Selebriti Hadir Bersama Wani Kayrie Di Istana Negara

Antara barisan selebriti yang turut menerima undangan ke Majlis Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara termasuk Dato’ M. Nasir yang hadir bersama isteri, Datin Marlia Musa, Zizan Razak, Hael Husaini, Aisha Retno dan Sherry Alhadad.

Wani Kayrie yang berasal dari Sandakan, Sabah mula mencipta nama dalam industri hiburan tanah air selepas memenangi program realiti televisyen Kamilah Bintang. Dia kemudian meniti populariti menerusi single ‘Jangan Jangan’ pada tahun 2015.  

Selain aktif sebagai penyanyi, Wani juga merupakan anak seni berpendidikan tinggi dan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan (Kepujian) dari Management and Science University (MSU).

Share
Published by
Suzi