Datin Zehan 23 Tahun Kahwin Datuk Rashid Sidek & Ada Anak Autism, Asbab Jadi Pengusaha Tadika ‘Special Needs’!

Terpesona dengan peribadi Datin Zehan yang merupakan suri hati Datuk Rashid Sidek. Meskipun baru pertama kali bertentang mata namun terserlah sikap mesra ibu kepada empat orang cahaya mata ini. Sekaligus membuatkan sesiapa saja berasa senang di sisinya.  

Artikel https://www.nona.my/romantiknya-datuk-rashid-sidek-ucapan-sweet-buat-isteri-sempena-anniversary-ke-22-bikin-cemburu/

Datin Zehan Bahagia Di Sisi Datuk Rashid

Ditanya detik awal perkenalan dengan legenda badminton tersebut, Datin Zehan atau nama penuhnya Datin Azehan Abdul Halim tertawa kecil dan menyusun bicara.  

“Datuk (suami) ni simple orangnya. Dari segi communication tu, saya rasa sangat mudahlah. Bila dia simple, kita simple

semuanya senang.  

Sebenarnya saya anak buah Allahyarham Latifah, isteri kepada Datuk Misbun Sidek. Basically, kami dah kenal sejak kecil, bila saya dah habis belajar, dah start kerja tu, baru mula seriuslah. Dulu suami pangkat uncle saya je, pak cik saudara.” 

Datin Zehan sah bergelar isteri kepada Datuk Rashid Sidek pada 21 Mac 2003. Tahun ini usia perkahwinan mereka mencecah 23 tahun.

Sepanjang lebih dua dekad mendirikan rumah tangga, Datin Zehan selesa hidup sederhana biarpun suami tercinta merupakan jaguh badminton tanah air yang pernah menjulang Piala Thomas 1992.  

Mengulas lanjut mengenai rumah tangga bahagia, Datin Zehan berkata walau jarak usianya dengan suami ialah 11 tahun namun ia tidak menjadi halangan untuk saling melengkapi dan bertoleransi.  

“Kami 11 tahun beza usia. Masa kenal tu, saya awal 20an. But it just happens naturally.

Kahwin pada 2003 so around 23 tahun.  

Kami ada 4 orang anak berusia 22, 21, 17 dan 13 tahun. Actually, saya ada tadika for special kids. Basically, saya uruskan tadika tersebut untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Alhamdulillah, dah lapan tahun selepas saya bersara dari dunia korporat.”

Datin Zehan Ada Anak Autism, Cetus Buka Tadika

Dedahnya lagi, “Saya mula buat tadika ini sebab anak perempuan saya mild autism. Tapi sekarang anak saya dah 21 tahun. The first five years tu, dia nonverbal. Masa tu a bit hard sebab dia tak boleh cakap dan kita tak tahu apa dia nak. Jadi a bit of a tantrum.  

Tantrum tu started because she couldn’t express what she wanted. After that, alhamdulillah. Sekarang dia dah 21 tahun. Ibu bapa yang ada anak mild autism kena tahu sama ada mahu anak ini cenderung kepada akademik atau life skills.

So saya choose for life skills lah. Now she’s very independent.” 

Hasil perkongsian hidup selama 23 tahun, pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Ikhwan, Azwin, Eizran dan Irfan.  

Legenda badminton negara ini dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021. 

Semoga perkahwinan yang dibina Datuk Rashid Sidek dan Datin Zehan kekal bahagia  sampai ke syurga di samping anak-anak tersayang. 

Share
Published by
Suzi