Hilang Nafsu, Petanda DISFUNGSI SEKSUAL Wanita

60

Topik keseksualan lelaki begitu mainstream, umur sudah menganjak 60 pun masih hangat diperkatakan. Namun isu ini seakan lenyap untuk kaum Hawa, sedangkan seratus peratus wanita Malaysia yang berusia di antara 45-54 tahun begitu percaya dengan kepentingan seks dalam hubungan mereka. Ramai yang tidak prihatin, sampaikan berkerut-kerut kening bila ditanyakan tentang apakah disfungsi seksual wanita.

Hasil penyelidikannya dalam Pfizer Global Better Sex Survey (GBSS) terhadap kajian seks di Malaysia, beliau mendapati 83% daripada kita berpendapat bahawa seks adalah penting untuk mencapai hubungan yang diimpikan. Namun begitu, statistik 69.6% daripadanya dikatakan berpotensi besar untuk menghidap masalah disfungsi seksual wanita ini. Perhatikan petandanya, adakah kita tergolong dalam kumpulan ini?

MASALAH SEKSUAL WANITA

KETIADAAN LIBIDO

Dorongan dan minat dalam aktiviti seksual rendah. Faktor yang mempengaruhi ialah tekanan perasaan, keletihan, kemurungan, putus haid, berkeluarga dengan anak kecil, hubungan tidak bahagia, pengambilan ubatan dan rendah diri dengan penampilan badan.

GANGGUAN NAFSU BERAHI

Sukar merasa ghairah atau melakukan hubungan seks dalam keadaan kering dan tidak selesa. Juga dalam diam ada yang menderita gangguan orgasma atau masalah mencapai orgasma.

 KESAKITAN SEKSUAL/DISPAREUNIA/VAGINISMUS

Otot lantai pelvis menjadi kejang akibat jangkitan atau keradangan sehingga tidak dapat melakukan hubungan seks.

PUNCA MASALAH

-Biologi

-Psikologi

-Jalinan hubungan

-Seksual

-Keadaan semasa

-Pasangan menghadapi disfungsi seksual lelaki seperti disfungsi erektil atau pancutan air mani terlalu awal.

PASANGAN PERLU MEMBANTU

Apabila isteri menghidapi disfungsi seksual, adalah penting untuk suami menghangatkan kenangan musim bercinta. Pupuklah kemesraan dengan menjalin ikatan emosi yang intim dengan berkongsi perasaan peribadi, hubungan rekreasi yang intim dengan menikmati masa berkualiti bersama-sama serta membanyakkan hubungan seksual dengan aktif dan tetap. Selain itu, pasangan mesti segera mendapatkan bantuan profesional agar masalah ini dapat ditangani dengan segera.

TIPS MERANGSANG SEKSUAL WANITA

-Tingkah laku dan sentuhan romantis

-Komunikasi penuh pujian dan pujukan

-Intimasi seperti pelukan erat dan ciuman

-Konflik sifar atau jarang-jarang terjadi

-Meluangkan kualiti masa dengan kerap

RAWATI HUBUNGAN SEKS YANG TENAT

  • Maksimumkan usaha untuk merangsang seksual pasangan.
  • Mengatasi gejala negatif yang membuatkan hubungan seks hambar seperti gangguan emosi, tekanan tempat kerja, rengekan anak-anak kecil, kegemukan dan bau yang kurang menyenangkan.
  • Mengamalkan diet seimbang, senaman dan rehat mencukupi.
  • Berinteraksi sesama pasangan dan wujudkan rutin romantis seperti ciuman di bibir sebelum tidur.
  • Anggap hubungan seks sebagai aktiviti baru, yang mencabar dan meriangkan.
  • Perbaiki hubungan. Selesaikan masalah yang timbul bersama-sama.
  • Wujudkan persekitaran tempat tidur yang bersih dan punya mood berahi. Nyalakan lilin pewangi dan padamkan lampu. Iringan muzik sentimental juga dapat mengimbau kehangatan malam pertama bersama pasangan.

 

 

 

Jangan Lupa Komen