26 Tahun Jadi Tukang Jahit, DATUK ASFARENA Lancar Laman Web Pertama Di Malaysia Himpunkan Koleksi Fesyen Terkini

Pereka yang juga seorang tukang jahit, Datuk Asfarena Samion Mon menghabiskan masanya selama 26 tahun dengan mencuba serta menambah baik setiap potongan pakaiannya kepada idea-idea kreatif.

Pengasas SECRETMODEST, Datuk Asfarena Samion Mon.
Kredit Foto: Instagram @asfarenaofficial
Kredit Foto: Instagram @asfarenaofficial
Kredit Foto: Instagram @asfarenaofficial

Kini beliau melancarkan sebuah laman web pertama di Malaysia, SECRETMODEST yang menghimpunkan koleksi fesyen terkini sekaligus membantu pereka dan tukang jahit tempatan membawa rekaan masing-masing ke pasaran antarabangsa. Setiap rekaan kreatif itu dihasilkan dengan perincian yang dikhususkan untuk satu-satu koleksi yang bakal diketengahkan.

Eksklusifnya, ia tidak dibuat dengan kuantiti yang banyak kerana penghasilannya dari hasil kreativiti minda yang halus dan pembuatan yang rumit. Turut diketengahkan ialah jahitan couture di setiap rekaan. Datuk Asfarena juga menterjemahkan kreativiti dalam keseluruhan idea rekaannya di laman web tersebut khas buat mereka yang tahu menghargai seni jahitan tangan.

Majlis pelancaran laman web SECRETMODEST dan peragaan fesyen diadakan di Setia Alam, Selangor, baru-baru ini. Datuk Asfarena turut berkongsi jenama-jenama lain seperti I-STICH by IKBN Wakaf Tapai, Casalwa, Zabell.com, Elrania Exclusive dan Pendeta.

Pendeta merupakan koleksi yang berinspirasikan Eco-Batik bersama komuniti setempat dengan penghasilan produk tekstil eco-batik. Dengan kerjasama SECRETMODEST, Tuan Daqmie mengeluarkan koleksi pengenalan di bawah jenama Pendeta.

Datuk Asfarena dan Tuan Daqmie.

Selain itu, SECRETMODEST juga adalah simbolik kepada perjalanan Datuk Asfarena sebagai seorang tukang jahit yang telah menempuh pelbagai pengalaman jatuh dan bangun sebelum berada di kedudukan sekarang.

Kredit Foto: Instagram @asfarenaofficial
Kredit Foto: Instagram @asfarenaofficial

Semoga SECRETMODEST terus unggul dan tampil dengan sesuatu yang baru dalam era rekaan fesyen dari hasil pembuatan dan gabungan teknologi terkini.

IKLAN
Share