Seperti yang kita tahu, rata-rata wanita Indonesia sinonim dengan penjagaan kecantikan semula jadi. Antaranya amalan pemakanan jamu untuk penjagaan luaran serta dalaman.

IKLAN
3 Rahsia Awet Muda Kakak KRISDAYANTI Di Usia 50, Rajin Berkongsi Tip Motivasi Di Instagram
Yuni Shara bersama adiknya,Krisdayanti yang sama cantik. Macam kembar!

Yuni Shara serta adiknya yang merupakan diva pop Indonesia, Krisdayanti memiliki raut wajah yang cantik dan seakan-akan sama. Tak sekadar cantik, kedua-duanya tak kalah dalam berfesyen!

3 Rahsia Awet Muda Kakak KRISDAYANTI Di Usia 50, Rajin Berkongsi Tip Motivasi Di InstagramApa yang menariknya tentang pelantun lagu ’50 Tahun Lagi’ ini, ialah biarpun usianya baru menginjak 50 tahun pada Jun lalu tetapi Yuni Shara sering tampil elegan dan gemar berkongsi OOTD di Instagram. Bukan saja penampilan, Yuni Shara juga amat menitikberatkan soal kecantikan.

Menurut ibu anak dua ini, semua wanita dilahirkan cantik dan memiliki kecantikan tersendiri.

3 Rahsia Awet Muda Kakak KRISDAYANTI Di Usia 50, Rajin Berkongsi Tip Motivasi Di Instagram
Yuni Shara bersama dua anak lelakinya.

Bagi Yuni Shara, faktor kerjaya turut mempengaruhi agar sentiasa menjaga penampilan diri. Salah satu gaya Yuni Shara yang sering menjadi perhatian ialah gaya kasualnya yang ringkas tapi stylish. Contohnya, padanan celana ripped jeans yang menyerlahkan ‘sisi muda’ Yuni Shara.

3 Rahsia Awet Muda Kakak KRISDAYANTI Di Usia 50, Rajin Berkongsi Tip Motivasi Di Instagram3 Rahsia Awet Muda Kakak KRISDAYANTI Di Usia 50, Rajin Berkongsi Tip Motivasi Di InstagramPETUA DAUN LIDAH BUAYA
Salah satu rahsia awet muda Yuni Shara ialah menjadikan daun lidah buaya sebagai masker. Seperti kita tahu lendir daun lidah buaya mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kulit wajah. Salah satu kebaikannya membantu melambatkan proses penuaan.

3 Rahsia Awet Muda Kakak KRISDAYANTI Di Usia 50, Rajin Berkongsi Tip Motivasi Di InstagramMenurutnya, masker daun lidah buaya dapat mencegah kedutan termasuk jerawat jika diamalkan secara konsisten. Selain digunakan sebagai masker, Yuni Shara turut memakan isinya pada setiap pagi yang dicampur bersama madu.

IKLAN

RAJIN BERSENAM
Satu lagi rahsia wanita jelita ini ialah tak pernah meninggalkan rutin senamannya setiap hari antaranya yoga dan pilates. Namun sejak pernah mengalami kecederaan, Yuni Shara kini hanya melakukan senaman ringan seperti push up, sit up dan plank.

3 Rahsia Awet Muda Kakak KRISDAYANTI Di Usia 50, Rajin Berkongsi Tip Motivasi Di InstagramYuni Shara turut berpesan kepada wanita-wanita di luar sana agar mengubah mindset tentang senaman.

IKLAN

“Ubah mindset, senaman bukan semata-mata untuk kurus atau awet muda tetapi untuk sihat,” kongsi Yuni Shara atau nama sebenarnya Wahyu Setyaning Budi.

BERFIKIRAN POSITIF
Bagi Yuni Shara, untuk nampak awet muda bukan hanya bergantung kepada amalan petua saja. Berfikiran positif dan saling memberi motivasi juga salah satu rahsianya. Hal yang kecil tetapi besar manfaat dan ganjarannya bukan saja buat followers bahkan dirinya sendiri.

3 Rahsia Awet Muda Kakak KRISDAYANTI Di Usia 50, Rajin Berkongsi Tip Motivasi Di InstagramJusteru, Yuni Shara sering berkongsi content yang positif termasuk kata-kata motivasi di Instagramnya.

Kredit Foto: Instagram @yunishara36

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI