Permaisuri Diraja dari negara timur tengah ini mempunyai aura yang tersendiri. Bukan sahaja memiliki pakej sebagai wanita cantik malah memiliki karisma yang luar biasa sehingga diangkat menjadi suri hati pemerintah negara. Mereka juga aktif dalam kerja amal dan sangat dermawan.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Queen Rania Al Abdullah (@queenrania) on

Rania Al Abdullah
Rania Al Abdullah merupakan Permaisuri Jordan dan isteri kepada Raja Abdullah II. Dikurniakan 2 orang putera dan 2 orang puteri iaitu Putera Mahkota Hussein, Puteri Salma, Puteri Iman dan Putera Hashem. PADA awal tahun ini, Ratu Rania Al Abdullah dikurniakan Anugerah Personaliti Berpengaruh di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameerah Al Taweel (@ameerahaltaweel9) on

Ameera Al-Taweel
Memiliki rupa paras yang yang cantik, Puteri Ameerah telah berkahwin dengan Putera AlWaleed Bin Talal yang merupakan cucu dari Raja Pertama Arab Saudi, Ibn Saud juga merupakan anak saudara Raja Arab Saudi sekarang, Raja Salman bin Abdul Aziz. Namun, sayangnya perkahwinan ini tidak kekal lama dan telah bercerai pada November 2013. Puteri Ameerah AlTaweel telah menamatkan zaman solonya dengan berkahwin dengan seorang Jutawan Arab Saudi, Khalifa bin Butti al Muhairi. Puteri jelita ini terkenal di seluruh dunia sebagai seorang dermawan dan juga ikon fesyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Deena Al-Juhani (Daily) (@deenaaljuhanidaily) on

Deena Abdulaziz Al-Saud
Merupakan puteri Kerajaan Arab Saudi dan telah berkahwin dengan anggota Kerajaan Arab Saudi, Sultan bin Fahad bin Nasser pada tahun 1998. Telah dikurniakan tiga orang anak, seorang puteri dan dua orang putera kembar. Pada tahun 2016 baginda telah dilantik menjadi Ketua Editor di Vogue Arabia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Moza bint Nasser (@mozabintnasser) on

Moza bint Nasser
Merupakan isteri kedua kepada Sheikh Hamad Al Thani iaitu Emir Qatar yang memerintah dari tahun 1995 hingga 2013. Moza bint Nasser juga merupakan Ketua Qatar Foundation for Education, Science, and Social Development yang memperjuangkan pendidikan, sains dan pembangunan sosial.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haya Bint Al Hussein (@hrhprincesshayagallery) on

Haya bint Hussein
Merupakan kekanda kepada Raja Jordan sekarang dan juga isteri kepada Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum pemerintah Dubai sekarang. Haya bint Hussein mempunyai pendidikan dari Oxford dan kini banyak terlibat dengan kerja-kerja misi kemanusiaann.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Princess Lalla Salma (@princesslallasalmaa) on

Lalla Salma
Wanita yang memiliki rambut berwarna merah ini merupakan isteri kepada Raja Morocco, Raja Mohammed VI. Lalla Salma juga bukan calang-calang wanita kerana mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan.

7 Permaisuri Jelita Dari Timur Tengah Ini Bukan Saja Cantik Malah Dermawan
Foto: Facebook Fathima Kulsum Zohar Godabari

Fathima Kulsum Zohar Godabari
Permaisuri Arab Saudi ini memilih untuk merahsiakan perjalanan hidupnya dengan umum. Jarang sekali muncul di khalayak ramai.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI