Fesyen

8 Gaya YUNA Ini Buktikan Dirinya Seorang Fashionista, Bijak Bawa Imej Sopan & Tersendiri!

Yunalis binti Mat Zara’ai ataupun Yuna satu nama yang tidak asing lagi bagi kita. Penyanyi dan komposer popular yang berjaya melebarkan sayap sehingga ke Amerika Syarikat ini dilihat sebagai seorang personaliti yang pandai menjaga adab sopan dan juga adat sebagai orang timur dalam berfesyen.

Dia yang gemar tampil berturban menyerlahkan gaya yang cukup chic setiap kali tampil di khalayak ramai. Sesuai dengan dirinya yang juga merupakan pemilik butik fesyen November Culture, intuisi fesyennya menjadi ikutan kepada ramai wanita yang mahu tampil dalam gaya ‘modest’.

Memberikan statement dalam penampilannya, Yuna memilih blaus dengan perincian rambu untuk tampil lebih ekstravaganza. Kot trench rona biru muda pula menjadikan gayanya lebih segar.

Tampil chic dengan jumsuit tali spageti dan dipadankan bersama sepatu but kulit.

Yuna ketika menghadiri pelancaran ERDEM X H&M. Beliau mengenakan persalinan serba hitam dan memadankanya dengan kot labuh bercorak rona emas kilau untuk suntikan gaya mewah.

Kalau anda perasan, yuna gemar menggayakan kardigan ataupun kot trench labuh sebagai item fesyen utama. Idea gaya penyanyi ini boleh dicedok kala anda tidak tahu apa yang hendak dipakai. hanya sarungkan seluar jeans skinny bersama baju lengan panjang rona hitam kemudian pilih sama ada padanan kot trench mahupun kardigan. Ini adalah satu trik fesyen untuk anda yang selalu on the go, ia cukup senang dan menarik.

Penggayaan kemeja juga nampak menarik. Kuncinya adalah memilih kemeja ‘oversized’! Padankan bersama sepatu sukan.
Satu lagi gaya kardigan menarik. Ia kelihatan seperti abaya menerusi penggunaan fabrik satin yang lembut. Cukup chic dan sopan.
Sebagai peragawati di New York Fashion Week 2017

Sebagai seorang penyanyi Muslim yang berpegang teguh kepada kesopanan dalam berpakaian. Yuna dilihat sebagai seorang penyanyi yang memiliki identiti sendiri. Gayanya memberikan suntikan ‘diversity’ atau kepelbagaian yang mewarnai industri muzik antarabangsa.

Buktinya, Yuna dijemput menjadi salah seorang peragawati di pertunjukan Fesyen Mara Hoffman koleksi fall/winter 2017 di New York Fashion Week.

Dalam satu temubual kepada majalah Billboard, graduan lulusan undang-undang ini berkata, “Saya sangat bertuah kerana dapat menggayakan salah satu pakaian yang direka oleh Mara. Ia merupakan satu rekaan yang sememangnya saya akan pakai dari segi potongan, warna dan semuanya cukup longgar.

Menerusi rekaan ini saya dapat rasakan yang dia memikirkan tentang wanita Muslim yang moden dan stylish, 

dan ini merupakan sebab mengapa dia memilih saya untuk berjalan sebagai salah seorang peragawati. Segalanya dihasilkan untuk saya dan kalau nak tahu turban itu juga merupakan custome made untuk saya.”

Tampilan gaya gaun labuh tanpa lengan ini dipakai bersama inner rona kelabu. Kerana rekaan yang sudah cukup ekstravaganza, Yuna tidak perlu mengenakan sebarang aksesori sarat.

Ini adalah satu tip fesyen yang harus anda ikuti, apabila busana sudah cukup  menyerlah dengan perincian menarik maka kurangkan pemakaian aksesori.

Kredit foto: Instagram @yunamusic, Mara Hoffman

IKLAN
Share