Inspirasi

Adik-Beradik Semua Awet Muda! Injak Usia 42 Tahun, Darling Ngasri Sukses Jadi Anak Seni Berilmu & Berbakat!

Alhamdulillah, anak-anak Ngasri Sain dan Habibah Jaafar semuanya baik dan ‘menjadi’! Salah seorang daripadanya iaitu Darling Ngasri kian sukses bergelar pelakon dan penerbit. Selain Darling, abangnya Naszeli dan Nasrizal atau lebih dikenali sebagai Bell Ngasri turut aktif menceburi bidang seni sampai sekarang.

Begitu juga adiknya iaitu Naszriah Ngasri yang mesra disapa Datin Anne Ngasri. Dulu merupakan pelakon handalan tetapi kini lebih selesa menyertai bidang politik.

Selain itu, personaliti ini turut mempunyai dua orang adik-beradik lain iaitu Nasliza Ngasri dan Nassuhada Ngasri. Bapa mereka pernah berkhidmat sebagai juruhebah dan pengacara di RTM.

Walau masing-masing memiliki haluan kerjaya sendiri namun keakraban adik-beradik selebriti ini kekal utuh. Mereka bukan hanya dikagumi kerana berbakat tetapi juga bertuah kerana tampil awet muda.

Meskipun sudah mencecah usia 40an, Naszeli, Bell, Darling dan Datin Anne kekal muda remaja!

Artikel https://www.nona.my/mirip-arwah-hani-mohsin-tak-sekadar-cantik-hani-karmila-serius-jadi-pelakon-jaguh-jiu-jitsu/

Darling Ngasri Injak Usia 42 Tahun

Tanggal 2 Jun lalu merupakan ulang tahun kelahiran Darling Ngasri. Darling atau nama penuhnya Nasreen Ngasri menginjak usia 42 tahun dan bersempena meraikan hari lahirnya, ahli keluarga tersayang termasuk adik-beradik mengadakan majlis sambutan yang sederhana namun meriah!

Menerusi perkongsian di media sosial kelihatan mereka tampil sedondon mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru.

Ucap Darling, “Million thanks kepada semua yang telah memberikan ucapan dan meluangkan masa, tenaga dan kasih sayang untuk menjayakan majlis hari lahir saya. I am truly touched by all the love, surprises and sweet moments we shared.”

Selorohnya, “You all made my day so meaningful and unforgettable. It’s my birthday month and I’m still accepting gift!”

Datin Anne Ngasri bagaimana pun tidak berpeluang meraikan hari lahir kakak tersayang pada hari berkenaan. Pun begitu, dia tidak ketinggalan menitipkan ucapan bermakna buat insan kesayangan.

“Ucapan selamat hari lahir buat kekandaku Darling Ngasri. Darling bukan sahaja kakak anugerah dari Allah SWT tapi juga sahabat istimewa dalam hidupku. Tanpamu, N tidak mungkin sampai sejauh ini.

Buat Darling, di hari bahagia ini serta hari-hari lain jua N doakan yang terbaik buatmu. Semoga hidupmu dipenuhi dengan kebahagiaan, kasih sayang dan keberkatan. Kita sayangmu sangat.”

Darling Ngasri Anak Seni Berilmu

Pada 1 Julai 2024, Darling menjadi tumpuan apabila dia berjaya menggenggam Diploma Kemahiran Malaysia di Majlis Konvokesyen Meatech Creative Academy ke-6. Pada majlis itu, dia anggun berbusana kurung biru sambil ditemani suami tercinta dan ibu tersayang.

Difahamkan Darling menceburi bidang seni pada tahun 1988 dan kini bergelar penerbit serta pemilik NS Star Sdn Bhd.

Dia mendirikan rumah tangga bersama Nur Azlin Rahmat pada 30 Mei 2009 dan hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Nur Nashrullah.

 

 

Share
Published by
Suzi