Aktif Bersenam & Fit Usia Lewat 50an, Terpikat Sisi Sederhana Datin Seri Zurwati Haslinda, Isteri Datuk Seri Johari Ghani!

Dari raut wajah dan penampilan Datin Seri Zurwati Haslinda jelas menonjolkan peribadinya yang cukup menyenangkan. Ternyata, dia merupakan seorang wanita yang sentiasa ‘murah’ dengan senyuman, isteri dan ibu penyayang serta individu yang mementingkan amalan gaya hidup sihat.

Lebih menarik perhatian, meskipun Datin Seri Zurwati Haslinda Zainal Bahry berstatus VIP dan isteri kepada pemimpin negara namun figura ini selesa tampil sederhana. Dari segi pemakaian mahupun kehidupan peribadi, Datin Seri Zurwati dilihat enggan berlebih-lebihan.

Artikel https://www.nona.my/raja-datin-seri-salbiah-turun-padang-bantu-suami-tok-mat-sempena-asean/

Pesona Datin Seri Zurwati Haslinda

Walau suami tercinta dikenali ramai sebagai ahli politik dan sudah lebih dua dekad berkecimpung dalam arena tersebut, Datin Seri Zurwati enggan tumpang populariti mahupun ‘overshadow’ kredibiliti Datuk Seri Johari sebagai pemimpin.

Sebaliknya isteri Ahli Parlimen Titiwangsa ini selesa menjalani kehidupan biasa tanpa layanan istimewa pihak tertentu.

Jika memerlukan dirinya untuk berada di sisi suami, barulah Datin Seri Zurwati Haslinda tampil menghadiri majlis rasmi mahupun turun padang bertemu masyarakat.

Menelusuri latar belakang isteri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri ini, Datin Seri Zurwati ialah ibu kepada enam cahaya mata. Sehingga ke hari ini, dia dan suami sudah pun mempunyai empat orang menantu.

Menerusi perkahwinan empat orang anak tersayang, Datin Seri Zurwati juga memiliki empat cucu comel yang dikenali sebagai Maya, Idris, Raina dan Luq.

Datin Seri Zurwati Haslinda Rai Anniversary Ke-36

Datin Seri Zurwati mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Johari Ghani pada tanggal 20 Ogos 1989. Bersempena ulang tahun perkahwinan ke-36 yang lalu, wanita berjiwa mesra ini mengimbau memori di samping suami tercinta dan anak-anak.

Di samping memanjat kesyukuran atas kurniaan kasih sayang berpanjangan bersama suami, anak-anak, menantu dan cucu tersayang.

Titipnya, “Having 2 ministry under his wing, celebrating our 36th Anniversary would be the last thing on his mind right now, but the kids just couldn’t let it slide away. They somehow find a way to make sure dad comes home and have dinner with us all.

After giving his 200% to the rakyat, tak ada salahnya YB balik sekejap to have dinner with his family kan? Thank you so much kids. I love all of you to the moon and back.

Being in corporate and politics, memang he seldom have time for us but I’m still grateful for the 36th plus 2 years (before marriage) that we have gone through together. From just the 2 of us to 15 of us now. So many dramas in between but with lots of patience and lots of forgiving, In Shaa Allah we will make it through till the next life.”

Difahamkan Datin Seri Zurwati juga seorang yang mengutamakan kesihatan diri. Walau anak-anak sudah berumah tangga dan bergelar nenek, tapi dia aktif mengamalkan gaya hidup sihat melalui sukan.

Daripada perkongsian di media sosial, Datin Seri Zurwati gemar meluangkan masa terluang di gimnasium mahupun beriadah dengan melakukan pelbagai aktiviti kecergasan.

Tak dinafikan, pada usia lewat 50an dia kelihatan cergas dan fit! Antara rutin senaman yang dilakukan termasuklah pilates dan pickleball. Malah, Datin Seri Zurwati pernah mengikuti program kecergasan crossfit!

Moga Datin Seri Zurwati Haslinda terus diberi kesihatan yang baik dan rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

 

 

Share
Published by
Suzi