Aktivis LEANNE MOHAMAD Lantang Suarakan Kebebasan Rakyat Palestin, Cetus Inspirasi!

Aktivis ini punya keberanian terutama ketika berucap di persada antarabangsa. Selain aktif dalam bidang sosial, wanita ini juga lantang menyuarakan hak kebebasan untuk rakyat Palestin.

Leanne Mohamad, 22, seorang aktivis hak asasi manusia dan penceramah awam dari London.

Kerana kedua ibu bapanya berasal dari Palestin, Leanne mengambil pendirian tegas menentang pendudukan rejim zionis di Palestin dan mempertahankan haknya untuk kembali ke tanah air suatu hari nanti.

Kredit Foto: IG Leanne Mohamad

Raih Perhatian

Dia mula menjadi tumpuan pada usia 15 tahun dalam pertandingan pengucapan awam.

Ketika itu, Leanne menyampaikan ucapan bertajuk “Burung Bukan Bom.”

Dalam ucapan itu, Leanne mendedahkan kesedihan menjadi warga Palestin dan menyeru kebebasan untuk semua orang yang hidup di bawah penjajahan.

Bagaimanapun, ramai yang memberi respon yang negatif sehingga menyebabkan dia terkeluar daripada pertandingan itu.

Namun, detik ini sebenarnya membuatkan ramai yang berminat. Ucapannya, yang menyampaikan mesej yang begitu kuat, menjadi tular.

Sejak dikenali, Leanne menggunakan pentas untuk berucap di pelbagai acara termasuk di hadapan lebih 200 ribu penunjuk perasaan di London.

Leanne terus bercakap secara terbuka mengenai jenayah dan keganasan rejim zionis terhadap rakyat Palestin.

 

 

 

 

 

Share
Published by
Amy Mohd