Anak Kecil Suka Memukul, Mak Pula Naik Hantu! Apa Penyelesaiannya?

236

Kata orang, perilaku anak biasanya di dorong apa yang dilihat di depan mata. Paling hampir, tentulah perlakuan ibu dan ayah di rumah.

Tapi kesalahan itu taklah diletakkan 100% kepada ibu bapa. Bahan tontonan di tv, gajet dan perlakuan di rumah pengasuh juga mendorong si kecil bertindak tanpa haluan. Tapi anda tak boleh ambil ringan. Mulakan dengan langkah ini.

HENTIKAN SEGERA PERILAKUNYA

  • Pegang tangan si kecil dengan lembut dan tatap matanya. Katakan ‘stop’ dengan tegas namun tanpa marah.
  • Jelaskan padanya bahawa kita tidak akan memukul. Sekiranya ia masih ingin memukul, bawanya ke tepi dan tenangkan.
  • Jangan biarkan mereka jadi tontonan umum ketika anda memberikan nasihat.
  • Jagalah intonasi suara anda.

TIDAK PERLU MARAH

  • Menurut pakar psikologi, suara rendah dengan intonasi dan tempo bicara yang tenang serta wajah neutral lebih mampu mengendalikan situasi daripada suara tinggi marah-marah, apalagi dengan tempo bicara cepat dan wajah bengis.

SEDIA TEMPAT LUAH KEMARAHAN

  • Sediakan bantal. Biarkan mereka lempiaskan kemarahan pada bantal itu.

PUJIAN POSITIF

  • Dalam penulisan Dr. Mehmet C. Oz (Dr.Oz) dalam buku “Raising Your Child”, cara yang efektif membentuk kebiasaan sihat adalah dengan memberi dukungan positif ketika anak melakukan sesuatu baik. Jadi, pujilah mereka selalu!

HADIAH

  • Bukan hadiah saja yang mereka harapkan, pelukan mesra, ciuman dan ganjaran seperti waktu mandi yang lebih lama boleh memujuk dan mententeramkan mereka.

TUNJUKKAN KEPADA MEREKA APA YANG SEPATUTNYA

  • Tunjukkan kepada mereka apa yang baik. Bukankah kepimpinan itu melalui tauladan?

JAUHKAN MEREKA DARI PUNCA

  • Jika anak anda mudah bosan, pastikan anda mempunyai banyak cara untuk membuatkannya sibuk misalnya melakukan kegiatan yang belum pernah mereka cuba.

BERCERITA

  • Gunakan buku cerita untuk menunjukkan fungsi tangan. Bertepuk, bersalaman, memberi bantuan dan banyak lagi. Biar mereka tahu perkara baik yang boleh dilakukan dengan tangan selain dari memukul.