Seronok tengok hubungan akrab keluarga Dida Sinclair. Jelas terserlah kebahagiaan mereka meskipun salah seorang anak tersayang Dida iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair tiada lagi di sisi. Walau masing-masing sibuk dan sudah pun berkeluarga namun tetap tetap cari masa untuk beriadah dan menjaga ukhuwah di antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi mengisi masa berkualiti dengan ibu bapa.
Terbaharu, keluarga bahagia ini berkumpul meraikan ulang tahun kelahiran bapa kesayangan, Mohamed Anthony John Sinclair atau disapa Pak Mat Sinclair pada 22 Jun lalu.
Biarpun sudah meniti usia 80 tahun namun Pak Mat Sinclair aktif orangnya. Demi menjaga kecergasan diri dan stamina, ketua keluarga ini akan keluar berjoging dan bersenam sambil ditemani anak-anak.
Difahamkan, sambutan hari lahir suami Dida Sinclair ini diadakan di sebuah resort eksklusif, The Kahaani di Janda Baik, Pahang.
Menerusi perkongsian di media sosial, Dida atau nama penuhnya Khadijah Abdul Rahman melahirkan rasa syukur dapat bersama-sama dengan keluarga ketika sambutan hari lahir suami tercinta.
Bagaimana pun, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki, Noah tidak berkesempatan meraikan hari istimewa tersebut.
“Off course we missed Bunga, Noah and Almarhum Ashraf. For Pak Mat’s 60th and 70th birtdays, Almarhum was around. Al-Fatihah buat Almarhum Ashraf.
An 80th birthday retreat for Pak Mat Sinclair at The Kahaani in Janda Baik.”
Lebih bermakna, kesemua ahli keluarga mengenakan T-Shirt putih tertera nama M. Sinclair dengan angka 80 simbolik kepada usia Pak Mat Sinclair. Sweet!
Memandangkan Bunga dan Noah tidak berpeluang meraikan hari lahir pada 22 Jun lalu, mereka bagaimana pun mengadakan majlis makan malam buat insan kesayangan mereka ini di Jakarta, Indonesia.
Bertuah Dida dan Pak Mat Sinclair ada menantu yang baik hati seperti Bunga. Walau arwah suami tiada lagi tetap jaga hubungan baik dengan mentua.
Dida selamat bergelar isteri kepada Pak Mat Sinclair pada 7 Oktober 1976. Hasil perkongsian hidup, pasnagan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah Sinclair dan Adam Sinclair.
Anak sulung, Allahyarham Ashraf berkahwin dengan Bunga Citra Lestari dan dikurniakan seorang anak, Noah Sinclair. Aishah pula isteri kepada Sheikh Abdul Shahnaz dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Soraya Ann dan Aina Elisabeth.
Manakala Adam Sinclair berkahwin dengan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai pada tahun 2018.
Ketiga-tiga anak kesayangan terlibat dalam industri seni. Apa tidaknya, darah seni mengalir deras dalam diri Dida yang cukup meminati seni lukisan khususnya melibatkan keindahan botani.
Dida yang meniti usia 73 tahun turut mengusahakan perniagaan produk makanan bersama suami tercinta iaitu Pak Mat’s Homemade Preserves. Sehingga kini produk tersebut mempunyai tiga variasi perisa, Pineapple & Ginger Jam, Orange Marmalade dan Grapefruit Marmalade.
This website uses cookies.