Fesyen

Anda Peminat SWAROVSKI? Kini Atelier Swarovski Ada Butik Mini Di Pavilion

Anda seorang penggemar aksesori Swarovski? Kini di di butik Swarovski yang baru diubah suai di pavilion telah menyediakan butik mini khas untuk rekaan kategori Atelier Swarovski. Rekaan Atelier Swarovski ini menampilkan rekaan hasil kolaborasi bersama beberapa figura penting dalam dunia fesyen seperti Iris Apfel, Jason Wu, Lanvin, Fiona Kotur, Christopher Kane dan ramai lagi.

Gelang Moselle, Anting-Anting Jason Wu dan Cincin Christopher Kane

Beza Atelier Swarovski dari rekaan biasa Swarovski terletak pada rekaannya yang ternyata lebih ekstravaganza dan sangat sesuai digayakan sebagai satu kunci stail yang sempurna. Sebagai contoh rekaan kalung AS by Iris Apfel ini. Ia memiliki ciri-ciri gaya aksesori yang sentiasa dipakai oleh Apfel.

Atelier Swarovski oleh Iris Apfel

Satu fakta menarik mengenai butik mini ini, ia merupakan butik mini Atelier Swarovski yang pertama dibuka di rantau ini.

 

IKLAN
Share