Fesyen

Anggun Berbaju Kurung Tenun Pahang Rekaan Datuk Rizalman, Penampilan Tunku Azizah Raih Pujian Media Antarabangsa

Cantik dan indah dipandang. Kurung moden tenun Pahang Diraja yang disarungkan oleh Raja Permaisuri Agong ini cukup memukau pandangan.

Kehebatan Datuk Rizalman Ibrahim dalam dunia fesyen tidak perlu dipertikaikan lagi. Naik seri Raja Permaisuri Agong dengan rona kuning diraja. Menariknya lagi, tenun pada baju kurung itu telah dihasilkan oleh warga Penjara Penor. MashaAllah!

Kredit Foto: IG T.Hassanal Shah

Tidak hairanlah persalinan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini menjadi antara busana yang paling mendapat pujian media antarabangsa.

Kredit Foto: IG Istana Negara.
Kredit Foto: Bernama

Persalinan tersebut dipakai oleh Baginda berdua pada Istiadat Pertabalan Raja Charles III dan Permaisuri Camilla di Westminster Abbey, London baru-baru ini.

Untuk info, Baginda berdua menjadi Ketua Negara serta raja Malaysia pertama yang mencemar duli menghadiri Istiadat Pertabalan Diraja United Kingdom itu. Sebelum ini, tidak ada raja Malaysia yang menghadiri istiadat pertabalan sejak 70 tahun yang lalu.

Kredit Foto: IG Berita Alhijrah.
Kredit Foto: IG Berita Alhijrah.

REKAAN DATUK RIZALMAN IBRAHIM

Difahamkan, busana Baginda berdua itu adalah hasil sentuhan pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim.

Maka tidak hairanlah, busana itu terletak molek dan sempurna pada Baginda berdua.

Datuk Rizalman Ibrahim. (Kredit Foto: IG Datuk Rizalman)

Pada istiadat itu, Agong mengenakan sut putih berseluar hitam bersama selempang merah, manakala Raja Permaisuri Agong menyarungkan kurung moden tenun Pahang berwarna kuning cerah bersama hiasan berwarna perak.

Kredit Foto: IG Istana Negara.

Memetik perkongsian di Facebook House of Pahang, tenun bagi kurung moden Raja Permaisuri Agong itu sebenarnya dihasilkan oleh warga Penjara Penor.

“Kalau perasan, KDYMM Raja Permaisuri kita berbusana dengan baju kurung moden tenun sewaktu majlis pertabalan King Charles baru-baru ni.

“Kalau aok (anda) semua nak tahu, tenun bagi busana tersebut dihasilkan oleh warga Penjara Penor tau!”

Kredit Foto: IG Istana Negara.

Baginda berdua turut menghargai mereka yang mencurahkan usaha terhadap warisan Pahang itu.

“Betapa Seri Paduka Baginda menghargai mereka yang telah mencurahkan usaha terhadap warisan Pahang ini.”

Seperti yang dikongsi oleh Pahang Media, sejarah penghasilan Tenun Pahang Diraja adalah bermula di Penjara Penor pada 2006 atas idea dan inisiatif Raja Permaisuri Agong. Ia kemudiannya diperluaskan di Penjara Bentong.

Atas keprihatinan Baginda itu telah memberi peluang kepada golongan banduan untuk menjadi tenaga mahir dan profesional dalam penghasilan kain Tenun Diraja Pahang yang berkualiti tinggi.

Buktinya, penghasilan kain Tenun Pahang Diraja telah mendapat tempat di kalangan penggemar fabrik seluruh dunia seperti Pameran London Craft Week.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share