Arunsayfull Raya Luxe 2022 Tampilkan Rekaan Kurung Mewah, FYZA KADIR Sebagai Muse

Tak berkedip mata melihat setiap helaian Arunsayfull Raya Luxe 2022 ini. Selain elegan, rekaannya terlihat mewah dan eksklusif dengan signature yang tersendiri.

Pengasas serta pereka Arunsayfull bersama model dan muse, Fyza Kadir.

Dari segi fabrik, Arunsayfull bijak mengolahnya sehingga menjadikan rekaan tersebut terlihat sempurna dan terletak. Bagi setiap helaian busana, Arunsayfull menonjolkan detailing (perincian) yang berbeza agar ianya lebih eksklusif apabila disarungkan si pemakai.

Kurung moden, Victoria Lilac silver “Cornelia “.
“MADELINE” Kurung moden mewah dengan perincian sulam kerawang buatan tangan.
“LEANNE” Structured corseted modern dress dengan perincian bunga 3D.

Antaranya signature sleeve sillhoute

, hand embroidery sulam kerrawang, floral embroidered brocade, full embroidered details, kerawang biku, hand embroidered 3D Swarovski flower, embellishment detailing, hand beaded lace embellishment, hand embroidered 3d flower, dan hand embroidered floral.

Warna-warna seperti lilac silver, hitam, pink pastel, royal blue, soft metallic pink, dan champagne dipilih untuk koleksi ini.

“GLORIA ” 3D floral drapes kurung dengan perincian sleeve sillhoute yang menjadi signature Arunsayfull.
“MAGNOLIA” Structured drape modern kurung dengan perincian bunga 3D kristal Swarovski bersulam.
“CHARMAINE” Structured fully hand embroidered tassle beads kurung.

Manakala jenis-jenis rekaan elegan yang terdapat dalam koleksi Arunsayfull Raya Luxe 2022 ialah kurung moden, kebaya bersulam kerrawang biku, 3D floral drapes

kurung, structured suit kurung, structured corseted modern dress, draped Victoriana cuts kurung, 3D drapes floral dress, dan pleated kurung.

“ADRINNA ” Structured suit kurung dengan perincian sulaman bunga brocade.
“LAYLA” Drapes kurung dengan perincian renda bermanik.
“MARCELLA ” 3D drapes floral dress.
“LILACIA” Drape tulips dress dengan perincian bunga 3D sulaman tangan.

Lebih istimewa, Arunsayfull melantik ikon gaya hidup dan fesyen Malaysia, Fyza Kadir sebagai Muse untuk Arunsayfull Raya Luxe 2022

. Memiliki bentuk badan dan ketinggian yang sempurna, setiap helaian dari Arunsayfull Raya Luxe 2022 ditampilkan dengan penuh gaya. Elegance yet stylish! Makin terserlah kejelitaan Fyza Kadir yang terkenal dengan penampilannya yang mewah.

Ikon gaya hidup dan fesyen terkenal Malaysia, Fyza Kadir.

Koleksi Arunsayfull Raya Luxe 2022 hanya boleh ditempah dengan cara custom made sahaja.

Kredit Foto: Instagram Arunsayfull

IKLAN
Share