Bahagia 17 Tahun Kahwin, Selain Ligat Bisnes Khai Rosma Ada Badan Amal Sendiri Bantu Orang Memerlukan!

Lama tak dengar khabar pasangan romantis Khai Rosma. Hubungan cinta mereka yang terjalin sejak sama-sama menyertai program realiti popular Akademi Fantasia menjadi bualan sekaligus menarik perhatian peminat. Sudah tertulis jodoh di antara mereka, Khai dan Rosma akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada tanggal 26 April 2008.

Tahun ini genap 17 tahun usia perkahwinan merpati dua sejoli berkenaan. Pastinya sepanjang tempoh itu, pelbagai kisah suka duka dilalui mereka namun kedua-duanya kian matang melayari alam rumah tangga dan saling melengkapi di antara satu sama lain.

Artikel https://www.nona.my/umur-39-tahun-jadi-usahawan-sukses-hadap-pelbagai-ujian-vie-shantie-syukur-pengalaman-hidup-bentuk-dirinya-hari-ini/

Khai Rosma Bahagia Layari Alam Rumah Tangga

Menerusi perkongsian di media sosial, mereka meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki dan anugerah terindah tiga cahaya mata kesayangan.

“MasyaAllah sekejap je dah 17 tahun. Anak sulung kami pun dah 16 tahun. Kenal 2003 bercinta lima tahun, 2008 kahwin, 2009 lahir anak sulung, 2014 anak kedua dan 2019 anak ketiga. 2024 tak jadi, 2025 rahsia,” tulisnya.

“Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT hingga ke Jannah. Aamiin YRA.”

Hasil perkongsian hidup selama 17 tahun, Khai dan Rosma dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Amzar Danish, Nur Amani Damia dan Nur Alya Dhania.

Khai Rosma Ceburi Bisnes

Siapa sangka dari karier seni kini Rosma atau nama penuhnya Rosmayati Sidik dan Khai ‘terjun’ ke dalam dunia perniagaan menerusi syarikat KR Successful Sdn Bhd.

Lebih sedekad menceburi bidang bisnes, mereka berjaya mengeluarkan produk minuman detoks MS SenaRos dan Inai Rambut Instant Al Attas yang mula dipasarkan pada 2018.

Selain sibuk dengan urusan perniagaan dan tawaran nyanyian, Khai dan Rosma turut tidak ketinggalan menabur bakti kepada masyarakat dengan menubuhkan badan amal mereka iaitu Pertubuhan Kasih KhaiRosma pada 24 Mei 2022.

“Sejak menjadi rakan kerjasama strategik MAIWP bermula tahun 2022, banyak program yang telah kami laksanakan bersama demi manfaat masyarakat, khususnya mereka yang memerlukan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP serta barisan pegawai MAIWP yang hadir atas sambutan mesra dan peluang untuk kami membentangkan perjalanan serta pencapaian Pertubuhan Kasih KhaiRosma.

Semoga kerjasama ini terus subur dan membawa lebih banyak kebaikan kepada ummah.”

Tahun ini sahaja mereka sudah menziarahi dan memberi sumbangan kepada beberapa anak golongan asnaf yang menghidap penyakit kronik dan serius.

Bahkan pada Ogos lalu, Pertubuhan Kasih KhaiRosma turut menjayakan Sesi Jelajah Bantuan Cermin Mata 2025 kepada pelajar di 10 buah sekolah terpilih.

Semoga usaha murni yang dilakukan Khai dan Rosma berjalan lancar serta meraih keberkatan Allah SWT.

Tambat hati suami mahupun isteri dengan haruman menyegarkan di sini.

Share
Published by
Suzi