Baju Raya Muslimah Tercantik, Terpukau Tengok Kemunculan Neelofa & Hannah Delisha Jadi Model Kempennya!

Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari saja lagi menuju ke bulan Ramadan. Selain sibuk dengan persediaan mengganti puasa, tentu ada yang sudah mula tercari-cari baju raya juga kan? Tak perlu gusar, post Nona ini memang untuk anda.

Bakal dilancarkan pada Isnin, himpunan ALIA B. X NAELOFAR RAYA 2021 antara yang wajib dimiliki. Bertemakan konsep The Essence of Art Nouveau, rekaan eksklusif dari sentuhan Alia Bastamam dan Neelofa ini mempertaruhkan rekaan yang sesuai buat si hijab mahupun yang tidak berhijab.

Menariknya penampilan si gadis berdarah manis iaitu Neelofa sendiri sebagai wajah kempen menjadikan ia tambah bermakna. Meskipun berniqab, namun renungan matanya yang cantik tetap membuatkan penampilan Lofa memukau perhatian.

Camelia

 

Cecile

 

Claudia

Bahkan pengantin baru Hannah Delisha juga melengkapi look & feel kempen eksklusif ni. Hannah yang baru saja mengambil keputusan untuk berhijab juga kelihatan cukup menawan dalam persalinan baju raya tersebut.

Gandingan dua jelitawan Muslimah itu jelas membuktikan koleksi ALIA B. X NAELOFAR RAYA 2021 sangat patut dimiliki khasnya bagi peminat fesyen Muslimah sejati.

Valeria

 

Calista

 

Lenora

 

Cassia

LONGGAR & FLOWY

Diinspirasikan daripada esen seni art nouveau, Alia menghamparkan rekaan feminin tanpa menyerlahkan lekuk tubuh berlebihan. Selari dengan syariat berpakaian Islam, beliau sekadar menambah ikatan sashes dan tali pinggang agar busana terletak kemas.

“Ia mesti kelihatan romantis tapi masih menyerlahkan identiti saya sebagai wanita hari ini. Himpunan yang dihasilkan seharusnya menggambarkan cinta dan sifat keberanian serta optimism wanita,”

– Neelofa

Ya, seperti kembangan bunga di bawah kucupan suria, koleksi romantis ini menterjemahkan rekaan paling elegan buat wanita.

“Saya menganggap setiap rekaan itu seperti karya seni tapi tidak berlebih-lebihan kerana mahu ia kelihatan versatil,” jelas Alia Bastamam yang baru menerima pengiktirafan Nona Fashion Designer Award 2020.

Alia Bastamam

 

TERCANTIK

Gabungan idea dan kepakaran fesyen dua wanita hebat – Alia Bastamam dan Neelofa – jelas melahirkan himpunan yang saling melengkapi satu sama lain. Naelofar dengan DNA feminin sopannya, sementara ALIA B. dengan potongan sensual sofistikatednya.

Terdapat rekaan untuk siang yang selesa dengan cuaca persekitaran, rekaan dengan kain sarung yang sering menjadi identiti koleksi ALIA B. Raya serta rangkaian dalam rona-rona pastel seperti dusty pink, kelabu dan pudina.

Rekaan untuk malam pula ditampilkan dalam rona lebih gelap seperti biru laut dan merah manggis. Berpegang kepada DNA Alia Bastamam, beliau sentiasa mengadaptasikan kombinasi rekaan yang sesuai dari siang ke malam.

Wanita dari era art nouveau melambangkan kekuatan dan kebebasan. Dalam masa yang sama, tetaplah berbangga dengan sifat kewanitaan mereka.

Jom cuci mata tengok pilihan baju ALIA B. X NAELOFAR RAYA 2021. Rasa-rasa yang mana satu berkenan di hati?

 

 

 

 

 

 

 

Semua koleksi ini bakal berada di pasaran bermula 8 Mac di platform rasmi alia-b.com, naelofar.com serta Naelofar Official Store di Shopee. Jangan lupa dapatkan okay!

IKLAN
Share