Baju Raya Norma Baharu Lebih Polos & Relaks, Kali Ini Keselesaan Jadi Kunci Gaya!

Berbeza daripada helaian baju raya lain yang digayakan pada bulan Syawal, UNIQLO membawa pembaharuan dengan mengetengahkan rekaan yang lebih kasual.

Maklumlah dalam suasana raya norma baharu, kita pasti mahu kelihatan lebih relaks dan selesa menyambut kedatangan tetamu di rumah.

Bertemakan ‘New Season of Togetherness’, UNIQLO Raya didatangkan dalam pelbagai jenis fabrik yang selesa namun tetap elegan. Sama ada untuk mak ayah, anak remaja atau si kecil, idea di bawah pasti buat hati berkenan.

Helaian sopan dan bergaya untuk wanita urban

 

Lebih selesa untuk aktiviti berkumpul dengan ahli keluarga

 

Si kecil bebas berlarian dalam helaian yang selesa

 

TUNIK UNTUK HIJABI

Khusus untuk wanita, helaian blaus tunik A-cut kini kembali dengan pelbagai warna baru. Potongannya sesuai untuk wanita Muslimah atau hijabi kerana berlengan panjang, berkolar tinggi dan diperbuat daripada fabrik viscose rayon.

Memang sangat versatil untuk anda yang gemar menyuai padan pakaian. Ia boleh dipakai dengan jeans untuk gaya kasual atau bersama skirt labuh untuk gaya formal.

 

BATIK UNTUK LELAKI & WANITA

 

 

Motif batik tidak pernah berhenti mencuit perhatian rakyat Malaysia. Koleksi batik kali ini direka oleh Bai Populo dalam potongan blaus lengan panjang dan skirt A-line.

Sementara untuk lelaki pula, kemeja batik UNIQLO direka lebih longgar untuk memberi lebih keselesaan kepada si pemakai. Motifnya juga lebih moden agar boleh dipadankan dengan celana paras buku lali untuk penampilan kasual effortless.

 

BAJU MELAYU

 

Memahami jiwa maskulin lelaki yang mahukan potongan tradisi untuk Hari Raya, seleksi Baju Melayu UNIQLO diperbuat daripada stretch jersey untuk keselesaan.

Datang dalam pilihan lengan pendek dan lengan panjang, inovasi fabrik yang digunakan juga menyerap peluh dengan cepat dan bebas kedutan selepas dibasuh agar anda tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk menggosok baju.

IKLAN
Share