Fesyen

Beli Tudung Mahal Beratus-Ratus, Tapi Tau Tak CARA PENJAGAAN TUDUNG Yang Betul?

Wanita berhijab seringkali mementingkan penampilan saat keluar dari rumah. Tudung yang kemas dan terletak adalah perkara paling utama yang dilihat wanita berhijab. Namun adakah anda tahu mengenai penjagaan tudung yang betul agar ia tahan lebih lama?

Tudung mahal atau pun murah memerlukan penjagaan yang betul dan tepat. Ia boleh memberi kepuasan saat memakainya sekaligus menjimatkan wang anda daripada membeli yang baru.

Duckscarves

Nona kongsikan 5 langkah mudah untuk menjaga tudung agat tahan lebih lama!

LANGKAH 1

Tudung hendaklah dicuci dengan menggunakan tangan. Gunakan cecair pelembut sebagai bahan pencuci dan celupkan beberapa kali kemudian gosokkan tudung tersebut dengan perlahan-lahan.

Arzu

LANGKAH 2

Elakkan merendam tudung terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan kerosakan tekstur tudung tersebut.

LANGKAH 3

Hindari menjemur tudung anda di bawah sinaran matahari. Hanya dianginkan sahaja sehingga kering.

LANGKAH 4

Gunakan penyepit pada bahagian hujung dan biarkan ia bergantung ke bawah sewaktu menyidai.

LANGKAH 5

Jika tudung anda mempunyai sulaman, gosoklah bahagian sulam tersebut dari bahagian dalam tudung tersebut.

IKLAN
Share