Berbaloi Guna Airfree® Air Purifier, Bukan Baik Untuk Pernafasan Semata Tapi Hapuskan COVID-19 Bawaan Udara!

Kalau tinggal di pusat bandar, dikelilingi pembangunan dan asap pencemaran, adakah kita yakin bahawa kualiti udara di rumah itu, bersih?

Khususnya kediaman berdekatan jalan raya dan kilang-kilang, atau mereka yang mempunyai ahli keluarga perokok.

Masalah asap dan debu hama yang bertebaran mesti diatasi demi menjaga pernafasan orang tersayang. Lebih-lebih lagi yang ada anak kecil.

Malah bukan itu saja, risiko penyebaran virus COVID-19 bawaan udara (airborne) juga dapat dikawal dengan penggunaan air purifier yang betul.

 

UDARA LEBIH MENYIHATKAN

Dalam pelbagai pilihan air purifier

di pasaran, Nona tertarik dengan jenama Airfree® dari Eropah ni. Diedarkan secara eksklusif oleh FJ Benjamin, penggunaan air purifier semakin menjadi keperluan sejak jangkitan kes sporadik COVID-19 menjadi-jadi.

Sebagai alat pembersih udara mudah alih dan berkuasa tinggi, Airfree® mampu menyerap udara kotor dan mengeluarkannya semula dalam keadaan bersih.

Rekaannya yang kompak juga dicipta tanpa penapis agar mudah diselenggara. Hanya plug dan pasang, biarkan Airfree® ‘menebarkan’ udara bersih ke seluruh ruang.

Airfree® menjadi keperluan di setiap kediaman pada waktu pandemik

 

Sesuai digunakan dalam bilik si manja

 

Kesihatan anak-anak selalu menjadi keutamaan ibu bapa di rumah

 

Bila udara bersih, keluarga pun sihat!

 

TEKNOLOGI

Mengambil konsep air panas yang dijerang untuk memusnahkan mikroorganisma, alat pembersih udara Airfree®

bukan calang-calang hebatnya.

Berdasarkan review pengguna air purifier di seluruh dunia, majoriti memuji tahap kebersihan udara mereka selepas menggunakan Airfree® di rumah.

Umpamanya Airfree® T40 yang bersaiz kompak. Ia sangat baik dipasang untuk pensterilan udara yang efisien di dalam kamar kecil.

Rekaan ergonomik menepati gaya hidup moden

 

Selain ruang tamu, air purifier juga sesuai diletakkan di kamar peribadi

 

Dengan teknologi Thermodynamic TSS™ yang dipatenkan, alat ini mampu menyingkirkan kulat, debu hama, bakteria, virus, debunga, kuman haiwan peliharaan, bauan organik dan alergen yang bertebaran di udara.

Ancaman virus COVID-19 bawaan udara atau sporadik juga dapat diatasi dengan teknologi saintifik di dalamnya.

Wah, lega!

Bila udara bersih, barulah tenang bekerja dari rumah!

 

Penghidap asma mahupun alahan udara juga boleh menarik nafas lega dengan kehadiran air purifier ini di bilik tidur.

Airfree® juga mengurangkan paras ozon berbahaya dan sesuai digunakan di ruangan rumah yang mudah tercemar kulat.

Teknologi senyap Airfree® juga cukup eksklusif, selain tidak memerlukan sebarang penapis atau penyelenggaraan yang rumit.

Nah, ternyata menggunakan alat pembersih udara yang baik sesungguhnya satu langkah yang bijak dan berbaloi sangat pada musim pandemik ni. Boleh layari website Airfree® (klik sini) untuk penghantaran terus ke rumah anda!

IKLAN
Share