Berita tentang kehamilan Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dynas sudah ketahui umum. Kini usia kandungan Dynas mencecah ke tujuh bulan hasil perkahwinannya dengan Mohamad Shazrik Che Mohd. Din. Dynas dijangkakan bersalin pada awal bulan Mei depan.
IKLAN
Jarak hampir tujuh tahun tidak mengandung sedikit sebanyak membuat Dynas berdebar melalui tempoh kehamilan. “Memang dah lama saya tak mengandung dan mengandung pada usia sebegini memang terasa sekali. Orang kata kalau mengandung umur 30an mungkin lebih mencabar dan badan lebih penat. Itu yang saya rasakan kini,” ujar Dynas yang kini berusia 35 tahun.
Seperti kebanyakan ibu hamil lain merasai momen morning sickness. Dynas juga tak terkecuali. “Hamil kali ketiga ini saya kena morning sickness juga. Tapi kali ini saya rasa tak sihat sampai tak boleh bangun. Syukur ia hanya berlaku pada trimester pertama sahaja.
Sekarang saya enjoy my pregnancy. Saya seronok sebab dah tak ada banyak masalah. Sekarang saya dah tak rasa penat lagi berbanding sebalum ini. Saya dah boleh bergaya balik, sebelum ni langsung tak boleh bergaya. Begitu juga sekarang dah boleh mekap sebab sebelum ni saya malas,” tutur Dynas.
Menurut Dynas kedua-dua anaknya Khayra Khalyssa Mohd Hafizi dan Mohamed Haqaish Mohd Hafizi teruja nak dapat adik baru. “Memang mereka seronok dan hari-hari cium perut. Comel tengok mereka.
IKLAN
Suami saya sudah semestinya excited sebab ini merupakan anak pertamanya. Kedua-dua mentua juga turut teruja menimang cucu pertama mereka.
Perasaan berdebar hanya Tuhan saja tahu. Bila dah lama tak ada baby, dengan keluarga mentua excited saya rasa berdebar. Banyak baca balik, banyak tanya kawan-kawan balik, ibarat mengandung anak sulung pula.
IKLAN
Alhamdulillah saya tak ada mengidam apa-apa tapi, kesian kat suami sebab selalu kena marah masa trimester pertama tu,” ujar Dynas yang akan berpantang di kediaman ibunya.
Bercerita tentang amalan berpantang yang akan ditempuhnya nanti, “Saya memang kuat berpantang. Saya akan ikut pantang yang betul-betul. Saya kena ikut berpantang cara tradisional sebab saya nak jaga badan. Walaupun saya nampak moden tapi sangat menitikberatkan kecantikan luaran dan dalaman. Kecantikan dalaman itu lagi penting sebab saya mahukan anak yang ramai, insyaallah,” jelas Dynas mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bergiat secara aktif dalam bidang fesyen, pasti memberikan ruang yang lebih untuk Zeileen Yusnita Abd Jalil bereksperimen dengan fesyen yang sesuai untuk individu yang memiliki bentuk tubuh yang gempal. Walaupun negara sedang melalui arus kehidupan yang moden, namun stigma individu bertubuh gempal mempunyai limitasi terutama dari segi berfesyen masih terus diperkatakan.
Malah baru-baru ini kecoh apabila individu yang mempunyai berat badan 60kg ‘ditegah’ dari menghadiri majlis pertunjukkan fesyen, memberi pelbagai reaksi yang sedikit sebanyak menjadi sebutan dan perdebatan di kalangan netizen.
Walapun mempunyai tubuh yang gempal, ia tidak sesekali membuatkan Zeileen merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan kerana apa yang lebih diutamakan oleh wanita berusia 31 tahun ini adalah keyakinan dirinya tatkala berhadapan dengan para pelanggan dalam mengetengahkan lagi jenama fesyen yang diusahakan.
Pemilik jenama fesyen Altelia Amani ini mempunyai pandangan tersendiri mengenai fesyen dan tubuh gempal kerana yakin tidak sah tanpa melibatkan elemen fesyen dalam kehidupan seharian.
“Industri fesyen terutamanya untuk wanita yang bertubuh gempal perlu bergerak selari dengan peredaran zaman. Atas kesedaran itu, setiap rekaan terutamanya yang dihasilkan di Altelia Amani diberi sentuhan yang bersesuaian dengan bentuk tubuh walaupun untuk si badan gempal,” ujar Zeileen yang mengasaskan jenama Altelia Amani bersama suami tersayang, Mohamad Farid Omardin.
Tambah Zeileen lagi, sebagai individu yang mempunyai bentuk tubuh yang gempal, sememangnya gaya fesyen yang ringkas menjadi pilihannya. Tetapi dalam mengutamakan soal fesyen, Zeileen lebih mementingkan potongan baju dan juga kualiti kain atau fabrik yang digunakan.
“Dengan susuk tubuh saya, sangat penting untuk saya mengenakan baju yang mempunyai silhouette yang ringkas dan straightforward . Sebolehnya, saya akan elak memakaia pakaian yang terlalu berlebihan atau mempunyai unsur ruffle yang sekaligus menampakkan susuk tubuh yang lebih berisi dan tidak sesuai untuk digayakan.
Selain itu, saya lebih mengutamakan pemilihan fabrik yang bersesuaian agar saya tampil lebih berkeyakinan diri serta selesa apabila berhadapan dengan pelanggan mahupun menghadiri majlis-majlis tertentu. Memandangkan kerjaya saya memerlukan saya sentiasa tampil menarik dan berjumpa dengan pelbagai jenis individu, amat penting untuk mengenakan pakaiaian yang selesa sekaligus memberikan saya keyakinan diri yang lebih tinggi,” ujar Zeileen yang sememangnya amat meminati dunia fesyen.
PERMINTAAN TERHADAP FESYEN PLUS SIZE
Berbalik soal fesyen untuk golongan plus size, Zeileen tidak menafikan kesukaran dirinya mencari fesyen yang sesuai untuk bentuk tubuhnya banyak mendorong dirinya untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan berasaskan fesyen.Bagi Zeileen, fesyen merupakan sesuatu yang dekat dengan personaliti dirinya yang gemar melihat sesuatu yang cantik untuk digayakan.
Namun begitu, faktor kesukaran mencari pakaian plus size sedikit sebanyak membantutkan penampilan dan gaya. Hanya kira-kira setahun yang lalu, Zeileen melancarkan jenama plus size di bawah label sendiri dikenali sebagai Aamani Curves.
“Jika melihat perkembangan fesyen plus size lima tahun yang lalu, tidak dinafikan agak sukar untuk mencari fesyen yang sesuai dengan bentuk tubuh. Namun begitu, saya amat bertuah kerana berpeluang melanjutkan pelajaran dan bekerja di luar negara di mana amat mudah untuk mendapatkan baju plus size. Melihat permintaan terhadap pakaian plus size semakin berkembang pesat di tanahair, saya lihat ia banyak memberi ruang wanita plus size tampil lebih bergaya sesuai dengan perkembangan fesyen terkini.
Atas inisiatif ingin membantu wanita plus size memperolehi fesyen dengan lebih mudah, saya memberanikan diri memperkenalkan label Aamani Curves untuk wanita bertubuh gempal. Kehadiran jenama ini memeriahkan lagi industri fesyen plus size yang semakin berkembang pesat di Malaysia,” ujar Zeileen yang sememangnya teruja apabila memperkatakan tentang jenama yang diusahakannya itu.
Menyentuh mengenai pereka fesyen kegemarannya, Zeileen yang mempunyai team pereka fesyen khas di bawah jenama Altelia Amani berkata dia amat berpuas hati dengan rekaan untuk plus size yang dihasilkan di bawah jenama tersebut memandangkan ia amat menepati citarasanya baik untuk kegunaan harian mahupun ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.
“Bagi jenama fesyen antarabangsa pula, saya amat meminati hasil kerja pereka fesyen Monique Lhuillier kerana rekaan yang dihasilkan banyak mengetengahkan unsur romantis dan flowy. Sisi lembut yang menjadi keistimewaan di kalangan wanita bertubuh gempal yang perlu diterokai untuk menghasilkan fesyen yang menarik,” ujar Zeileen yang sememangnya mudah mesra dan kaya dengan senyuman.
Bercerita pula mengenai industri fesyen semasa, Zeileen tidak menafikan fesyen berubah dari semasa ke semasa dan sudah menjadi lumrah sebagai pemain dalam industri fesyen untuk mengikut trend agar tidak jauh ketinggalan. Namun begitu, Zeileen turut mempunyai pendirian tersendiri dalam perkara tersebut kerana enggan menjadi hamba fesyen.
“Pada pandangan saya, tidak dinafikan fesyen berubah dari semasa ke semasa. Tetapi sebagai individu, kita perlu mempunyai pendirian dalam sesuatu gaya yang ditampilkan. Usah jadi hamba fesyen dan pilih fesyen yang bersesuaian dengan personaliti. Kita boleh jatuh cinta dengan dunia fesyen tetapi apa yang penting perlu bijak memilih dan menggayakan fesyen yang bersesuaian,” ujar Zeileen seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cabaran mendidik anak zaman sekarang tidak semudah yang dijangka. Setiap wanita yang bergelar ibu kini berdepan dengan ‘musuh’ dalam diam yang digelar gajet. Hendak atau tidak sebagai ibu moden yang mengikuti arus kemodenan terpaksa ‘beralah’ dengan anak-anak untuk meluangkan masa bermain dengan gajet. Bukan menyekat 100 peratus bermain gajet tetapi biar mengikut masa yang sesuai dan kesesuaian umur anak-anak.
Berdepan dengan masalah gajet membuatkan ibu-ibu mempunyai masalah untuk mendidik anak-anak membuat kerja rumah. Tujuan mendidik anak-anak ini bukan untuk menjadikan mereka sebagai ‘pembantu rumah’ tetapi agar mereka boleh berdikari apabila meningkat dewasa nanti.
Nadia Noordin, wanita yang berasal dari Kuantan Pahang ini berkongsi melalui laman Instagramnya tip mendidik anak bujangnya untuk membuat kerja di rumah. Contoh yang diambil oleh ibu kepada Zarif Haikal Abdul Rahman (11 tahun) dan Fariz Mikhail Abdul Rahman (9 tahun) ini adalah melipat kain. Selepas anak-anak Nadia mahir melipat kain, wanita ini telah membawa kedua-dua anaknya bersama-sama melakukan khidmat sosial dengan menukar telekung dan melipat telekung di surau-surau berdekatan kediamannya.
Tip yang dianjurkan oleh Nadia Noordin;
1 – Ajak anak lipat kain bersama-sama dan tunjukkan that you’re happy when they help and do things together.
2 – Setiap kali nak lipat kain, sentiasa ajak dia tolong and dont forget to compliment their effort. Walaupun permulaannya tak nampak macam lipat sangat hasil dia but keep on teaching and explaining to them…practice makes perfect, remember?
3 – Don’t expect perfection. Jangan banyak letakkan syarat. Baju kena lipat sempurna macam ni kena sama kena lurus kena kemas kena elok. NO. Apa saja hasil dia biarkan je dan simpan je dalam almari macam tu. Tahan sikit sakit mata tu. Kalau kita betulkan balik yang dia dah lipat tu, dia akan rasa dia gagal dan kita tak percayakan dia nanti dia akan give up awal-awal.
4 – Bila dia dah selalu buat and after a few times, dia akan automatically rasa lipat baju tu memang dia punya tanggungjawab, dia akan buat dengan sendiri je tak perlu suruh dan makin lama makin cantik la hasil lipatan dia tu. But always remember jangan over expectation. Budak-budak tetap budak-budak ada hari dia datang rajin ada hari dia datang tak nak buat pun. It’s normal tak perlu risau or complaint pulak ok? Orang tua pun ada hari terlajak rajin ada hari terlajak malas kan?
5 – PUJI. Bagi saya personally puji anak-anak sangat perlu. Tapi bukan puji semata. Contoh ayat puji : “Waahh rajinnya adik tolong mama lipat baju dan bantu mudahkan kerja mama, Allah SWT sayang ni orang yang jaga ibu dia, Allah SWT janjikan pahala yang banyak untuk anak soleh ahli syurga ni,” sambil usap kepala dan cium dia. Puji tindakan dia dalam masa yang sama masukkan elemen empathy supaya dia jadi orang yang lebih considerate tentang orang lain especially dengan ibu dia dan sentiasa masukkan peringatan setiap yang kita buat semua untuk mencari reda Allah SWT dan dapat syurga.
Insyaallah dengan izin Allah semoga anak-anak kita hadiah istimewa dari Allah SWT ni bakal menjadi saham dan pembantu kita untuk ke syurga bersama-sama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Happy anniversary diucapkan kepada Mark Adam dan isteri! Pejam celik dah 19 tahun usia perkahwinan mereka. Wow, dah lebih sedekad nampaknya.
Paling best tarikh perkahwinan mereka sama dengan tarikh kemerdekaan Malaysia iatu 31 Ogos. Bertuahnya!
Pasangan ini berkahwin pada 31 Ogos 2003. Biarpun masih belum dikurniakan zuriat tetapi mereka tetap bahagia dengan cara tersendiri. Malah, rezeki juga semakin murah.
Mark Adam yang merupakan penyanyi, pelakon, pelawak dan penyampai radio telah memuat naik satu video pendek di Instagramnya memaparkan dia dan isteri meraikan momen anniversary sambil makan dalam kereta.
“Susah senang kita bersama Dugaan dan rezeki kita redha
Syukur Alhamdulillah Happy 19th Anniversary @ezzpowers August 31, 2003& Salam Merdeka to Everyone”
Menjengah ke akaun Instagram isterinya pula, Norazah Redzuan atau dikenali sebagai Ezan Marzan Echivarre turut berkongsi ucapannya yang sangat bermakna dan bersyukur dengan kebahagiaan serta rezeki yang Allah SWT kurniakan buat mereka selama 19 tahun bergelar suami isteri.
“Bismillahirrahmanirrahim…. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua sentiasa dibawah rahmatNya dan dijauhkan kita daripada sebarang musibah.
“Alhamdulillah today 31 August 2022 we are celebrating our 19 years together, time flies so fast, dan alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini dengan menunaikan segala tangungjawab yang telah diamanahkan olehNya…tanggungjawab sebagai seorang hamba, sebagai seorang ummat, sebagai seorang Isteri/Suami dan juga seorang anak.”
Norazah turut meluahkan bahawa banyak ujian yang perlu ditempuh sepanjang mereka membina kebahagiaan bersama.
“Lebih sedekad, semestinya dalam melangkah terkadang diuji dengan ujian yang kadang terasa berat, hingga kadang terduduk dan menangis, ketawa dan gembira bersama. Peritnya setiap ujian itu hanya Allah yang tahu dan faham. Allah menguji setiap orang berbeza-beza ujiannya.
“Syukur Alhamdulillah That we had to make this relationship last and more stronger. We still have a lot of struggles to encounter but I know we can surpass anything as long as we are willing and choosing to love each other.
“Syukur Ya Allah for the opportunity till to this level. Semoga Allah melindungi perkahwinan kita ini hingga ke Jannah Insyaallah.. Happy 19th Anniversary Marky”
Untuk rekod, Mark Adam atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah dilahirkan di Cebu, Filipina. Dia berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan dikenali ramai sebagai penyanyi, pelakon, pelawak serta penyampai radio.
NONA menitipkan ucapan agar Mark dan isteri kekal bahagia selamanya sampai syurga.
Kredit Foto: Instagram Mark Adam & Ezan Marzan Echivarre
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!