Bacaan surah Al-Mulk mengisi ruang siber hari ini sempena kempen World #QuranHour kali keenam yang berlangsung secara tertutup di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Sebagai langkah berjaga-jaga mengekang penularan COVID-19, tetamu yang hadir adalah terhad namun seluruh masyarakat dapat menonton siaran langsung  ini secara serentak di saluran RTM, Bernama, Astro Oasis dan TV Al-Hijrah pada pukul 12 hingga 1 tengah hari tadi.

IKLAN

World #QuranHour bertemakan ‘Dunia Berbudi & Penyayang’ telah memilih Surah Al-Mulk sebagai surah pilihan yang dibacakan oleh Qari dan pemegang panji. Pentadabbur akan menjelaskan setiap maksud ayat yang dibaca oleh Qari bagi tujuan pemahaman kepada para peserta.

Siber Bergema Surah Al-Mulk, Misi World #QuranHour Lancar Dalam Suasana Norma Baharu
Foto: TV Alhijrah

 

MAKSUD SURAH

Setiap tahun satu surah akan dipilih untuk dijadikan fokus misi. Pada tahun ini, surah Al-Mulk dihidangkan kepada masyarakat sebagai solusi ummah dengan slogan Better Family, Better Organization, Better Nation.

Ia diharap dapat menerajui solusi kepada cabaran pandemik yang dihadapi negara ketika ini. Surah Al-Mulk yang bermaksud kerajaan menjadi surah pilihan dalam membina karakter orang berjaya di dunia dan akhirat.

Dengan menghayati surah Al-Mulk, adalah diharapkan dapat membina kekuatan kerajaan di dalam diri, keluarga, organisasi dan komuniti dalam negara.

Surah al-Mulk antara lain menjelaskan mengenai memperbaiki kehidupan individu, menjaga kehidupan bermasyarakat dan negara supaya sentiasa terpimpin.

Tanpa batas yang dipandu Al-Quran, masyarakat menjadi pincang dan boleh memberi mudarat besar kerana ia membabitkan kehidupan setiap manusia, bukan sekadar diri individu sahaja.

IKLAN
Siber Bergema Surah Al-Mulk, Misi World #QuranHour Lancar Dalam Suasana Norma Baharu
Foto: TV Alhijrah

 

Siber Bergema Surah Al-Mulk, Misi World #QuranHour Lancar Dalam Suasana Norma Baharu
Foto: TV Alhijrah

 

Kelainannya pada kali ini, penyertaannya dihadkan secara fizikal atas kekangan pandemik COVID-19 dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Namun, ianya masih boleh disertai melalui sesi video virtual yang disertai beberapa agensi perusahaan, institusi pendidikan dan badan-badan kebajikan.

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) membawa tiga inisiatif utama dalam gerakan Berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal iaitu Rumah Ngaji, #QuranHour dan Sahabah al-Quran.

IKLAN

Dimana, objektif utamanya, adalah bagi menyeru semua ummah untuk berinteraksi dan menjadikan bacaan Al-Quran sebagai amalan harian diri, bersama keluarga dalam melahirkan individu yang berakhlak berasaskan Al-Quran.

Siber Bergema Surah Al-Mulk, Misi World #QuranHour Lancar Dalam Suasana Norma Baharu
Foto: TV Alhijrah

 

Siber Bergema Surah Al-Mulk, Misi World #QuranHour Lancar Dalam Suasana Norma Baharu
Foto: TV Alhijrah

 

Bersama pengacara, Amin Idris yang turut ditemani Amira Othman dan Raqib Najib yang bertindak sebagai pengacara, program Quran Hour bersiaran langsung di Astro Oasis.

Turut terlibat, rakan media digital dan elektronik Astro Oasis 106, TVAlhijrah, TV Okey RTM, Bernama TV dan semua platform media sosial Facabook Sinar Harian, QuranHour dan TickTalk TV.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI