Kalau keluar waktu tengah hari mesti terasa bahang panas cuaca sekarang. Terdedah pada panas matahari kadang-kadang boleh buat kanak-kanak demam. Cuaca yang panas menyengat menyukarkan bagi kita buat melakukan sebarang aktiviti luar tanpa perlindungan sewajarnya.
Bagi Malaysia yang berada di kawasan tropika adalah perkara biasa apabila cuaca panas. Namun, apabila cuaca panas melampau dan dijangka menyumbang kepada keadaan kesihatan yang tidak menentu, amat ditakuti. Kesan kesihatan apabila cuaca panas termasuk;
Keletihan akibat dari panas (heat fatigue).
Pitam atau pengsan akibat dari panas (heat syncope).
Kekejangan akibat dari panas (heat cramps).
Keletihan akibat dari panas (heat exhaustion).
Strok akibat dari panas (heat stroke).
Kesan cuaca panas terhadap tubuh manusia yang paling kritikal adalah strok haba yang boleh membawa maut. Kanak-kanak dan warga emas adalah di antara mereka yang berisiko mendapat strok haba sekiranya tidak melakukan langkah pencegahan yang sewajarnya. Tip pencegahan elak strok haba adalah;
Banyak minum air putih dan air buah. Tidak perlu tunggu hingga dahaga baru minum air.
Jika terasa tubuh terhidrasi minum air isotonik kerana boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang ketika berpeluh.
Kurangkan aktiviti luar dan lebih banyak tinggal di dalam rumah atau bangunan.
Lebih banyak berehat dan kurangkan kadar perpeluhan yang banyak.
Duduk di tempat yang sejuk seperti di dalam bilik berhawa dingin, di bawah kipas atau mandi untuk menyejukkan badan.
Pakai pakaian yang menyerap peluh seperti kain kapas.
Memakai payung atau sebarang pelindung ketika berada di luar terutama di bawah cahaya matahari.
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Dalam menangani apa juga masalah kesihatan mengamalkan gaya hidup sihat adalah salah satu daripadanya. Mungkin pada pandangan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah makan makanan yang sihat, bersenam secara konsisten dan tidak merokok. Ya, memang benar tiga elemen tersebut adalah faktor hidup yang sihat, namun terdapat tip yang boleh membantu meningkatkan gaya hidup yang sihat seperti;
1.Selalu aktif. Jangan duduk terlalu lama di depan komputer atau menonton televisyen. Boleh bekerja di depan komputer dan menonton televisyen tetapi bergerak dan kekal aktif.
2.Sinar matahari pagi baik untuk kesihatan untuk mengeluarkan vitamin D. Vitamin D berfungsi untuk mengelak penyakit jantung dan mencegah osteoporosis.
3.Banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dua kumpulan ini membekalkan nutrien yang baik untuk kesihatan tubuh.
4.Bersenam. Rutin bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit elok untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
5.Berhenti merokok. Ini merupakan salah satu gaya hidup yang sihat namun sukar untuk dilakukan terutama lelaki. Namun, tahu kah anda kandungan nikotin itu bahaya untuk tubuh.