Fesyen

Berjaket Untuk Cover Payudara, Stail SELEBRITI HOLLYWOOD Ini Sesuai Dijadikan Inspirasi Wanita Sukses Yang Sederhana

Tahun ini menyaksikan stail jaket berpotongan labuh kembali hangat di Malaysia. Antaranya seperti potongan kardigan labuh yang semakin diminati semula. Material jaket juga adalah yang selesa dan nipis, sesuai dengan iklim di Malaysia.

Jika dulu jaket hanya berfungsi sebagai outer wear untuk menghangatkan tubuh badan, kini fungsinya dipelbagaikan seiring dengan trend semasa. Bagi wanita yang meminati gaya sederhana, pemakaian jaket dapat menyempurnakan penampilan mereka yang ringkas, selain menutupi bahagian payudara yang terdedah.

Pemilihan jaket yang betul juga menggambarkan citarasa fesyen seseorang. Ia juga ‘penyelamat’ sewaktu getir, contohnya ketika blaus ditumpahi air minuman atau temu janji adhoc berjumpa klien.

Nona mendekati perunding dan penata gaya profesional, Tym Fatimah untuk menyelongkar lebih mendalam perihal stail jaket buat wanita yang menyenangi helaian ini.

Sebagai seorang yang gemar bereksperimen dan mencari kelainan dalam fesyen, Tym selalu percaya bahawa fesyen berubah tapi gaya tetap kekal abadi. Berikut panduan menggayakan jaket yang boleh digunakan sebelum anda membeli sesuatu jaket idaman.

10 Peraturan Penting Tentang Jaket

(1) Jangan gayakan cropped jacket dengan inner atau blaus yang lebih labuh darinya. Kontra panjang jaket dan inner

akan membuatkan kedudukan badan anda tidak menarik.

(2) Jangan padankan kardigan oversized dengan seluar yang terlalu longgar.

(3) Jangan kenakan wrap cardigan bersama skirt pendek. Gaya drappey cardigan akan menampakkan anda pendek dan rendah.

(4) Jangan sesekali mengenakan jaket kulit untuk ke acara temu duga.

(5) Sesekali padankan jaket denim dengan seluar denim daripada rona yang sama. Ia akan membuatkan anda lebih ranggi.

(6) Laburkan wang anda pada persalinan sut yang baik. Ia adalah stail yang timeless dan sesuai dipakai ke majlis formal.

(7) Anda perlu berhati-hati apabila menggabungkan jaket kulit dengan seluar kulit. Salah pakai akan menampakkan seperti gaya seorang bikers.

(8) Jaket kulit dipadankan dengan gaun labuh makan malam? Kenapa tidak untuk ke acara dinner yang lebih santai.

(9) Boyfriend cardigan sangat sesuai dipadankan bersama jean skinny, skirt pensel atau legging.

(10) Tidak ada halangan untuk anda menggayakan blazer dan jaket denim untuk ke majlis santai. Norzalina Mohd Alias

IKLAN
Share