“BERKAWAN BAIK Dengan ANAK, Sama-Sama KONGSI MASALAH,” – AMY MASTURA

Amy Mastura mula dikenali sejak kejuaraannya dalam sebuah pertandingan nyanyian, Asia Bagus pada tahun 1993. Dia juga memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) dan Pelakon Wanita Terbaik (FFM).

Bagi yang mengenali Amy, tentu tahu bagaimana karakter wanita kecil molek yang ramah dan lucu. Namun, tak banyak kisah peribadi di kongsi bersama peminat.

“Saya menceburi bidang seni atas dasar minat. Kejuaraan di Jepun itu pun tidak disangka. Walaupun bermula sebagai seorang penyanyi, saya masih terima jika lebih dikenali sebagai pelakon kerana kedua-duanya adalah minat saya.

Sedari awal lagi, saya langsung tidak mempunyai persediaan dan sehingga kini, saya hanya follow the flow,” ujar Amy ketika ditanya bagaimana dia terus relevan dalam bidang seni.

Berkongsi kisah bersama anak-anak, Amy Mastura jadikan anak sebagai ‘mentor’ untuk penjagaan kecantikan! Bila anak dara sudah mula menginjak remaja, mulalah macam-macam rejimen kecantikan dipraktikkan. Bukan Mamanya berkongsi rahsia cantik dengan si anak, tetapi sebaliknya.

“Saya tidak ada rutin kecantikan langsung. Sekarang ni saya pula yang minta tip dari Adalia apa yang terbaik untuk kulit. Krim muka dia lebih banyak dari apa yang saya ada! Adalia jugalah yang akan promote produk apa yang sesuai tapi yang disyorkan itulah paling bahaya sebab Mama yang perlu beli nanti. Dia lebih teliti soal kecantikan, berbanding Mama dan adik.

Saya sendiri tidak mengamalkan apa-apa petua. Dulu sewaktu dalam berpantang, saya cuma ikutkan apa yang diajar. Berpantang sepenuhnya secara tradisional pun tidak, cara moden pun tidak. It’s a mix of everything

.

Cuma saya jenis yang tidak suka minum ais. Bukan pantang tapi saya sendiri tak terasa untuk menikmati air ais setiap masa. Mungkin itu juga membantu saya menjaga badan.”

Untuk tahu apa lagi yang Amy Mastura kongsikan bersama Nona, jangan lupa dapatkan majalah Nona edisi APRIL 2019!

 

IKLAN
Share