Seri wajah pelakon Gerak Khas, Sheera Iskandar begitu terserlah apabila berada di samping suami yang merupakan anggota polis, Mohd Halim Abdul Gani. Tanggal 18 April lalu genap 40 tahun usia pelakon popular tanah air ini.
Berkongsi momen ketika meraikan hari lahir baru-baru ini, Sheera atau nama penuhnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar bertuah kerana suami tercinta memberi kejutan dengan membawa keluarga kecil mereka menyambut hari istimewa tersebut di sebuah restoran mewah di ibu negara.
Sheera yang tampil dengan busana rona coklat kelihatan ceria di samping suami dan anak perempuan.
Sebagai suami, Mohd Halim tidak melepaskan peluang menitip ucapan romantis buat isteri kesayangan. Romantik!
“Selamat Hari Lahir, isteriku. Hadiah tak mampu tanding kasih sayang dan pengorbananmu. Terima kasih kerana hadir dalam hidup I, melengkapkan segalanya. Cinta ini takkan pernah cukup dihuraikan dengan kata-kata, tapi akan I buktikan setiap hari, sampai hujung nyawa.”
Sheera Iskandar dan Mohd Halim sah disatukan sebagai suami isteri pada 3 Mei 2021.
Mengimbas kembali detik perkenalan mereka, anak kepada pelakon Aznah Hamid ini pernah mendedahkan kepada Nona yang dia mula rasa keserasian dengan suami saat pertama kali berkenalan.
“Kami kenal masa 2019, masa itu saya shooting Gerak Khas di Labuan. Masa sampai di sana, jumpa dengan suami dan dia tegur kata ada DM saya di IG. Saya ingatkan dia memang peminat Gerak Khas atau nak berlakon dalam Gerak Khas.
Jadi, saya beritahu dia kalau nak berlakon jangan buat baik dengan saya. Buat baik dengan Datuk Yusof Haslam. Rupa-rupanya dia serius hendak kenal dengan saya dan bukan sebab hendak berlakon.
Istimewanya suami, dia ibarat best friend dan saya rasa senang berbual dengan dia. Suami pula waktu itu start jadi agen Tomasoap.”
Dedah Sheera lagi, “Selain tertarik dengan peribadi dia, saya juga selesa dengan cara keluarga suami menghargai saya. Walau mereka tahu status saya sebagai janda waktu itu, tapi mereka tak kisah dan mahu kami cepat-cepat berkahwin.”
Mengamati perkongsian Sheera di media sosial, jelas membuktikan betapa suaminya menghargai dan menggalas tanggungjawab terhadap keluarga dengan sebaiknya.
Lebih bermakna apabila mereka dikurniakan anak perempuan comel diberi nama Puteri Long Harissa pada 22 Mei 2022.
This website uses cookies.