Fesyen

Bertuah Baim Wong, Dapat Isteri Macam Ni. Model Cantik, Tinggi Lampai & Terkenal Di Indonesia!

Pelakon terkenal Indonesia yang juga mempunyai ramai peminat di Malaysia, Baim Wong akhirnya menamatkan zaman bujang dengan model terkenal Indonesia Paula Verhoeven pada 22 Disember di Jakarta.

Apa yang menariknya, rupa-rupanya isteri kepada Baim Wong ni pun bukan calang-calang orangnya. Paula yang kini berusia 32 tahun pernah beraksi di pentas Jakarta Fashion Week 2019 dan beberapa pentas fesyen besar lain di dalam dan luar negara! Sesuai dengan kerjayanya sebagai runway model

Paula sering tampil fashionable dan selayaknya bergelar ikon fesyen.

Tengok saja lah pose-pose menarik Paula Verhoeven di pentas runway!

Walaupun hanya mengambil masa selama 3 bulan untuk saling mengenali sebelum membuat keputusan bertunang Julai lalu, keserasian dan kemesraan mereka berdua nampak sweet

sangat! Tahniah Nona ucapkan dan semoga perkahwinan yang dibina kekal selamanya.

 

Sumber gambar: Instagram Paula Verhoeven

IKLAN
Share