Pemenang tempat kedua pencarian Dewi Remaja 2015 ini telah melangsungkan perkahwinan dengan kerabat diraja Selangor iaitu Y.M Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj.

IKLAN
Bertuah CP Syamim Farid Sentiasa Berpeluang Berjumpa Dengan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin Yang Jelita
Che Puan Syamim Farid bersama suami.

Darah diraja mengalir di tubuh Tengku Ezrique ini setelah termeterai perkahwinan di antara kedua ibu bapanya, Y.D.M. Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Tengku Abdul Hamid Shah Alhaj Tengku Seri Paduka Shahbandar dan Toh Puan Datin Siti Rahilah Mohd Hashim.

Moyang Tengku Ezrique merupakan Sultan Selangor kelima, Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Musa Al-Haj. Manakala Y.A.M. Tengku Abdul Hamid Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Alauddin Suleiman Shah merupakan datuk kepada Tengku Ezrique.

Jadi tidak mustahil, Che Puan Syamim Farid sentiasa berpeluang bertemu dengan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin ketika menghadiri majlis di istana. Lihat sahaja foto-foto yang dimuat turun oleh Che Puan Syamim Farid ini di Instagram.

Bertuah CP Syamim Farid Sentiasa Berpeluang Berjumpa Dengan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin Yang Jelita
Ketika sambutan Hari Raya baru-baru ini di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam

“Happy Birthday to the beautiful and kind-hearted Queen, TPS,” ucap Che Puan Syamim Farid
Bertuah CP Syamim Farid Sentiasa Berpeluang Berjumpa Dengan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin Yang Jelita
Ketika majlis Tahlil, Buka Puasa & Terawih baru-baru ini.
Bertuah CP Syamim Farid Sentiasa Berpeluang Berjumpa Dengan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin Yang Jelita
Bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor

Bertuah CP Syamim Farid Sentiasa Berpeluang Berjumpa Dengan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin Yang JelitaBertuah CP Syamim Farid Sentiasa Berpeluang Berjumpa Dengan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin Yang JelitaApabila ditanya tentang hidup dengan adat istiadat istana serta perlu mengikut protokol istana, jawab CP Syamim Farid, “Secara jujurnya kedua-dua ibu dan bapa mentua saya sangat merendah diri dan menerima kehadiran saya dalam keluarga dengan tangan yang terbuka.

Kemesraan yang ditonjolkan dalam keluarga suami membuat saya mudah membiasakan diri dengan keluarga diraja. Adat dan protokol istana hanya berlangsung apabila menghadiri majlis yang melibatkan golongan istana.

Bertuah CP Syamim Farid Sentiasa Berpeluang Berjumpa Dengan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin Yang Jelita

IKLAN

Sebelum berkahwin ibu mentua sudah memberitahu serba sedikit apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh buat. Selepas berkahwin segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Malah sepanjang perkahwinan pun ibu mentua banyak memberi tunjuk ajar agar saya lebih memahami adat di dalam istana,” tutur lembut Che Puan Syamim Farid.

Tambah bekas pengacara program HLive! ini, protokol istana yang sukar di hadam adalah cara menyembah dalam bahasa istana atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami adalah memberi salam.

IKLAN

Bertuah CP Syamim Farid Sentiasa Berpeluang Berjumpa Dengan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin Yang Jelita

Menurut Che Puan Syamim terdapat cara-cara tertentu untuk menyembah. Sebenarnya bukan susah mana tetapi takut melakukan kesilapan. Mungkin tidak timbul kesalahan tetapi nampak macam tidak biasa sahaja.

“Kalau tiada majlis di istana, kami menjalani kehidupan macam orang biasa yang lain. Suami pula seorang yang merendah diri. Sikap yang ditonjolkannya membuat saya berasa selesa. Mungkin pada permulaan saya rasa agak janggal tetapi lama-kelamaan rasa janggal itu hilang dan saya boleh menerima dengan baik sebarang perubahan dalam kehidupan ini,” terang Che Puan Syamim Farid.

Bertuah CP Syamim Farid Sentiasa Berpeluang Berjumpa Dengan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin Yang Jelita

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI