
Hazirah Ramli Atlet Boling Cantik Raih Emas Sukan SEA Thailand
Pelapis lagenda sukan boling negara, Datuk Shalin Zulkifli! Nama Nur Hazirah Ramli mula menjadi bualan peminat sukan tanah air selepas atlet ini bersama tiga lagi rakan sepasukan berjaya meraih pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 menerusi acara berpasukan wanita.
Meskipun baru pertama kali menyertai sukan dwitahunan ini namun Hazirah berjaya mempamerkan aksi bertenaga dan menonjol kemampuan diri untuk membantu skuad wanita boling kebangsaan menyumbang pungutan pingat buat kontinjen Malaysia.
Tidak dinafikan, orangnya bukan sekadar mempunyai rupa paras cantik dan kulit mulus. Bahkan berbakat dalam arena sukan.
Berusia 22 tahun, Hazirah Ramli yang berasal dari Kuching, Sarawak ini merupakan salah seorang daripada kuartet wanita kebangsaan yang dibarisi Natasha Mohamed Roslan, Adania Redzwan dan Sin Li Jane.
Selain membawa pulang pingat emas, Hazirah turut berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara tenpin boling beregu wanita di Sukan SEA Thailand 2025 bersama rakan seperjuangan iaitu Adania Redzwan.
Memetik kenyataan atlet cantik ini kepada The Borneo Post, “Saya teruja apabila melihat nama saya dalam senarai barisan atlet Sukan SEA. Rasa seperti pengorbanan saya selama beberapa tahun ini akhirnya berbaloi.”
Tambahnya lagi, ia umpama sebuah mimpi yang menjadi nyata dan tanda dedikasi serta pengorbanannya sebagai atlet dalam sukan boling.
Sebelum ini, Hazirah Ramli pernah mewakili Malaysia dalam beberapa kejohanan termasuk Asian Schools Bowling Championships, Asian Youth Bowling Championships dan International Youth Open.
Namun kemunculan dan aksi cemerlang Hazirah ketika beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berjaya mencuri perhatian khalayak. Dia juga mempertahankan gelaran juara terbuka remaja perempuan dalam Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia 2024.
Dalam pada itu, Hazirah dilantik menjadi duta jenama Hero Bowling yang menjual rangkaian produk dan aksesori sukan boling. Antaranya seperti beg, shammy, shoe cover, bowling puff ball, jersi dan sebagainya.
This website uses cookies.