Berusia 25 Tahun & Graduan Perakaunan, Azeva Natassha Ikut Jejak Langkah Ibu Bapa Dalam Dunia Seni!

Bersandarkan status anak selebriti, Azeva Natassha tidak terlepas daripada tempias dunia glamor. Apatah lagi, ibunya iaitu Dato’ A. Aida merupakan seorang pelakon dan penerbit terkenal. Manakala bapa tersayang, Ameng Spring ialah penyanyi popular. Tidak hairanlah, ‘darah seni’ mengalir deras dalam diri Azeva.

Artikel https://www.nona.my/warisi-kecantikan-ibu-kejayaan-anak-dato-a-aida-genggam-ijazah-sarjana-muda-raih-pujian/

Peribadi Azeva Natassha

Pembabitan serius Azeva dalam industri seni lakonan mendapat sokongan kedua-dua ibu bapa selepas dia berjaya menamatkan pengajian.

Difahamkan, puteri kesayangan Dato’ A. Aida ini menggenggam ijazah perakaunan di Victoria University, Melbourne, Australia pada Mac 2025.

Tidak hanya dikurniakan rupa paras menawan dan berbakat, Azeva Natassha juga seorang wanita bijak.

Azeva Natassha merupakan anak kedua Dato’ A. Aida hasil perkahwinan bersama penyanyi Ameng Spring. Selain Azevanatassha, dia turut mempunyai seorang kakak iaitu Wan Az Aleesa.

Azeva Natassha Ceburi Lakonan

Usai pengajian di luar negara, Azeva membintangi telemovie Bos Nak Cuti bersama pelakon lelaki kacak, Aniq Suhair sekitar Jun 2025. Telemovie berkenaan merupakan drama terbitan ibunya A. Aida Production yang arahan Zul Huzaimy.

10 Januari lalu merupakan ulang tahun kelahiran anak perempuan vokalis kumpulan Springs berkenaan. Bersempena hari lahir, Dato’ A. Aida menitipkan ucapan istimewa buat anak tersayang.

“Selamat Hari Lahir yang ke-25 anakku. Terima kasih kerana menjadi anugerah terindah dalam hidupku.

Di usia ini, semoga setiap langkahmu dipermudahkan Allah, hatimu sentiasa tenang, rezekimu seperti air laut yang tidak akan pernah surut dan impianmu tercapai satu demi satu.”

Meskipun popular dan nikmati kesenangan hidup bersama ibu namun peribadi Azeva yang mesra meraih pujian khalayak.

Semoga perjalanan hidup Azeva Natassha sentiasa dalam lindunganNya dan sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

Share
Published by
Suzi