Berita

Berwajah Klasik, Tubuh Langsing Persis Anak Dara Serlah Kecantikan Asli UMMI NAZEERA Ibu 2 Anak “So Stunning & Gorgeous!”

Walaupun sudah melahirkan dua orang anak, pelakon hebat Ummi Nazeera dilihat semakin cantik dan gorgeous!

Berwajah Klasik, Tubuh Langsing Persis Anak Dara Serlah Kecantikan Asli UMMI NAZEERA Ibu 2 Anak “So Stunning & Gorgeous!”Berwajah Klasik, Tubuh Langsing Persis Anak Dara Serlah Kecantikan Asli UMMI NAZEERA Ibu 2 Anak “So Stunning & Gorgeous!”
Kredit Foto: Instagram umminazeera

Potongan badan pun macam anak dara, kekal langsing sesuai dengan ketinggian. Pakai apa pun nampak elok terletak, bertuahnya Ummi!

Wajah Klasik

Pemilik nama penuh Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin ini antara selebriti tanahair yang mempunyai wajah klasik dan berkulit tan

.

Maka tak hairanlah, isteri tercinta kepada Dr Mohd Izzar ini punya pesonanya yang tersendiri sebagai seorang wanita Melayu asli.

Pada masa yang sama tetap kelihatan stunning and classy!

BACA JUGA: “Anak Amanah Saya,” Sibuk Macam Mana Pun Ummi Nazeera Utamakan Keluarga & Enggan Anak Terabai!

Ummi Nazeera sering memuat naik hantaran di media sosialnya ketika menyarungkan koleksi busana berjenama mewah termasuk rekaan pereka-pereka ternama tempatan.

Inspirasi Fesyen & Kecantikan

Setiap kali berkongsi penampilannya di media sosial, rata-rata para pengikut serta peminat memuji penampilan Ummi Nazeera yang ekstra cantik itu.

Untuk info, nama Ummi Nazeera mula dikenali ramai setelah berjaya membawakan watak sebagai Siti Sarah dalam drama bersiri popular Nur Kasih yang trending pada 2009.

Ummi Nazeera turut membintangi beberapa buah filem popular iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah, Penanggal, dan Gol & Gincu vol 2.

 

Share
Published by
Amy Mohd